Antarabangsa
Wanita Muslim India-Amerika berusia 23 tahun menang pilihan raya di Illinois, AS
Seorang wanita Muslim India-Amerika yang juga calon Parti Demokrat, Nabeela Syed, 23, memenangi kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS).

- Nabeela Syed, 23 merupakan wanita Muslim India-Amerika memenangi pilihanraya pertengahan penggal Amerika Syarikat bagi daerah Dewan ke-51 dewan undangan negeri Illinois.
- Merupakan graduan ijazah dalam Sains Politik dan Perniagaan dari Universiti California.
- Kemenangannya menewaskan Chris Bos dari parti Republikan selaku penyandang di kawasan Illinois.
- Dalam manifestonya, Nabeela berjanji untuk mempertimbangkan dan menangani isu-isu awam seperti hak sama rata, penjagaan kesihatan, pendidikan dan percukaian.
Seorang wanita Muslim India-Amerika yang juga calon Parti Demokrat, Nabeela Syed, 23, memenangi kemenangan besar dalam pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS).
Memetik laporan The Siasat Daily, Nabeela melakar sejarah sebagai wakil termuda memenangi pilihan raya bagi daerah Dewan ke-51 dewan undangan negeri Illinois di AS.
Pada Jun 2022, Nabeela memenangi pemilihan utama Demokrat dan kini mengambil alih daerah dikuasai Parti Republikan dengan menewaskan penyandangnya, Chris Bos.
Dia menjadi orang Asia Selatan pertama dalam dewan undangan negeri Illinois dan ahli termuda dipilih ke jawatan itu.
Dilahirkan dan dibesarkan di Illinois, Nabeela merupakan graduan ijazah dalam Sains Politik dan Perniagaan dari Universiti California.
Sejurus tamat pengajian, Nabeela berkhidmat sebagai presiden organisasi perundingan pro-bono yang membantu perniagaan tempatan.
Dalam manifestonya, Nabeela berjanji untuk mempertimbangkan dan menangani isu-isu awam seperti hak sama rata, penjagaan kesihatan, pendidikan dan percukaian.
Nabeela bergiat aktif dalam komuniti keagamaannya di Islamic Society of Northwest Suburbs dan menganjurkan dialog antara agama bertujuan memperkasakan wanita muda Islam untuk memimpin.
Sumber: Siasat

You must be logged in to post a comment Login