Terkini
Poster PM di Kuala Kedah dibakar
Polis menerima laporan berhubung kejadian poster kempen wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, cuba dibakar semalam.
- Polis terima laporan kejadian poster kempen wajah Perdana Menteri, Ismail Sabri dan calon BN cuba dibakar semalam.
- Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya terima laporan petugas BN pada jam 3 petang semalam yang menyedari poster di Kampung Gelong Air, Mukim Gunung mengalami kerosakan.
- Polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membakar.
- “Siasatan dijalankan untuk mengenal pasti mereka yang terbabit melakukan perbuatan membakar poster itu,” katanya.
ALOR SETAR: Polis menerima laporan berhubung kejadian poster kempen wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, cuba dibakar semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima laporan dibuat petugas BN pada jam 3 petang semalam yang menyedari poster di Kampung Gelong Air, Mukim Gunung itu mengalami kerosakan.
Katanya, pengadu yang mengesyaki berlakunya unsur khianat terhadap poster kempen BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kemudian segera membuat laporan polis.
“Susulan itu polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membakar.
“Siasatan dijalankan untuk mengenal pasti mereka yang terbabit melakukan perbuatan membakar poster itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun berkata, pihaknya kesal dengan perbuatan khianat yang berlaku itu.
“Saya harap tiada lagi perbuatan seperti itu berlaku lagi selepas ini.
“Semua penyokong parti perlu berkempen secara berhemah dan elak melakukan provokasi yang boleh mendatangkan ketegangan ketika berkempen.
Ada tiga hari lagi sehingga hari pengundian Sabtu ini, jadi semua pihak diminta tidak terlalu agresif,” katanya.
Sumber : Berita Harian