Terkini
Penyokong Zahid naikkan sepanduk “lawan tetap lawan” di PWTC
Sekumpulan 50 ahli Umno berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menzahirkan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi supaya kekal sebagai presiden parti.
- Sekumpulan 50 ahli UMNO berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi zahirkan sokongan kepada Zahid kekal sebagai presiden parti.
- Salah satu sepanduk dinaikkan tertera perkataan “lawan tetap lawan”, sorakan popular yang dibuat penyokong PKR dan pemimpinnya, termasuk Anwar Ibrahim.
- Jurucakap kumpulan, Ramalan Yunus mendakwa BN tidak “kalah” dalam PRU ini, bahkan ada pemenang pilihan raya jika gabungan itu kalah dan tiada satu parti dapat majoriti untuk bentuk kerajaan.
- “Presiden perlu kekal jadi presiden dan pengerusi BN,” kata Ramalan.
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 50 ahli Umno berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menzahirkan sokongan kepada Ahmad Zahid Hamidi supaya kekal sebagai presiden parti.
Salah satu sepanduk yang dinaikkan oleh orang ramai tertera perkataan “lawan tetap lawan”, sorakan popular yang dibuat oleh penyokong PKR dan pemimpinnya, termasuk Anwar Ibrahim.
Ramalan Yunus, jurucakap kumpulan itu, menggesa mereka yang menentang Zahid supaya berhenti mendesak presiden Umno itu untuk meletakkan jawatan.
Dia mendakwa BN tidak “kalah” dalam pilihan raya umum yang berakhir baru-baru ini, sambil berkata akan ada pemenang pada pilihan raya jika gabungan itu kalah dan tiada satu pun parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.
“Presiden perlu kekal jadi presiden dan pengerusi BN,” kata Ramalan.
PRU15 menyaksikan BN hanya mendapat 30 kerusi menyebabkan anggota kepimpinan parti itu menggesa Zahid melepaskan jawatan antaranya – Pengerusi Umno Selangor Noh Omar, Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan dan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.
MCA juga menggesa Zahid meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN, sambil memetik suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong yang menyatakan sokongan gabungan itu kepada Anwar sebagai perdana menteri.
Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata surat ini bertentangan dengan pendirian BN untuk tidak menyokong sesiapa pun membentuk kerajaan dan kekal sebagai pembangkang.
MCA, MIC dan PBRS mengemukakan ketetapan undi tidak percaya terhadap Zahid susulan tindakannya yang didakwa mengkhianati keputusan dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebelum ini.
Sumber : Free Malaysia Today