Connect with us

Terkini

Pemimpin berfikiran liberal wajib ditolak

Muslim wajib menolak ahli politik atau pemimpin yang membawa pemikiran liberal dan dilihat bercanggah dengan kerangka penilaian syarak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemimpin berfikiran liberal wajib ditolak
Foto: Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
  • Ini berikutan mereka bercanggah dengan kerangka penilaian syarak, sedangkan isu hak asasi kemanusiaan telah lama diperjuangkan Islam melalui jalan tersendiri tanpa membelakangkan hak Allah SWT dan manusia.
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 memutuskan aliran pemikiran liberal menyeleweng dari segenap aspek. 
  • Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, pada 17 Julai 2014 turut mengisytiharkan fatwa ideologi itu sesat dan menyeleweng.
  • Desakan golongan ini yang memperjuangkan hak kebebasan LGBTQ dan menuntut kebebasan tidak menutup aurat serta menegakkan hak sama rata bagi kesemua agama adalah tipu daya atau fitnah yang lahir dari nafsu diri manusia.
  • Peringatan itu dikeluarkan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

KUALA LUMPUR – Muslim wajib menolak ahli politik atau pemimpin yang membawa pemikiran liberal dan dilihat bercanggah dengan kerangka penilaian syarak.

Ini kerana isu hak asasi kemanusiaan, kononnya diperjuangkan kelompok liberal, telah lama diperjuangkan Islam melalui jalan tersendiri tanpa membelakangkan hak Allah SWT dan manusia.

Peringatan itu dikeluarkan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di Facebooknya bertajuk “Menolak Calon Berfikiran Liberal” hari ini.

Tangkap layar hantaran di Facebook Dr Ahmad Sanusi

Tangkap layar hantaran di Facebook Dr Ahmad Sanusi

Beliau berkata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 hingga 27 Julai 2006 memutuskan aliran pemikiran liberal adalah menyeleweng dari segenap aspek. 

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, pada 17 Julai 2014 pula turut mengisytiharkan fatwa bahawa ideologi itu sebagai sesat dan menyeleweng.

“Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita bahawa akan muncul dalam kalangan umat ini pemimpin yang tidak berpegang kepada ajaran Rasulullah bahkan meninggalkan sunnah  Rasulullah. 

“Hari ini, telah tersebarnya pemikiran liberal yang secara zahirnya dilihat bukan sahaja mempertikaikan syariat Islam yang berteraskan sunnah Rasulullah, malah pemikiran ini turut mengajak manusia meninggalkan sunnah. 

“Sekiranya terdapat ahli politik yang berpegang dengan pemikiran sebegini, kita tidak seharusnya mengangkat mereka sebagai pemimpin,” katanya.

Ahmad Sanusi berkata pemikiran liberal dalam beragama merosakkan kerangka pemikiran muslim.

“Mereka berusaha meleraikan ajaran Islam bermula dengan merungkai ikatan syarak terhadap cara hidup, kemudian mereka mempertikaikan pula hukum syarak sehinggalah kepada tahap mereka berusaha mengubah hukum syarak serta menolaknya dari muka bumi ini,” katanya.

Tambahnya,  desakan golongan berfikiran songsang ini dalam memperjuangkan hak kebebasan LGBTQ dan menuntut kebebasan untuk tidak menutup aurat serta menegakkan hak sama rata bagi kesemua agama adalah tipu daya atau fitnah yang lahir dari nafsu diri manusia.

Merujuk kepada karya hadis Majma’ al-Zawaid, beliau berkata kebimbangan itu pernah disuarakan baginda Nabi, iaitu Sabda Rasulullah SAW; 

Sesungguhnya yang aku risaukan ke atas kamu adalah: nafsu-nafsu kamu yang keji yang lahir dari perut dan kemaluan kamu, serta tipu daya-tipu daya (yang menjerumuskanmu ke dalam) fitnah. (Dalam riwayat lain menyebut tipu daya-tipu daya (yang menjerumuskanmu ke dalam) hawa nafsu.)” – The Merdeka Times

 

Sumber : Facebook Dr Ahmad Sanusi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *