Connect with us

Antarabangsa

Liputan media Barat jejas imej Qatar menjelang Piala Dunia 2022

Menteri Buruh Qatar mengkritik media barat kerana liputan mengenai persiapan negara itu menghadapi Piala Dunia 2022, demikian lapor Aljazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Liputan media Barat jejas imej Qatar menjelang Piala Dunia 2022
Foto: Ali bin Samikh al-Marri, Menteri Buruh Qatar
  • Menteri Buruh Qatar, Ali bin Samikh al-Marri mengkritik media barat yang membuat liputan tidak tepat mengenai kematian pekerja asing di negara itu sejak dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.
  • Kempen memburukkan Qatar meningkat ketika negara itu bersiap sedia menghadapi kejohanan itu beberapa hari lagi. 
  • “Setiap hari, kami mendengar fitnah baharu mengenai kadar kematian pekerja, seolah-olah kami berada dalam ‘lelongan awam’ – Ali bin Samikh al-Marri

Menteri Buruh Qatar mengkritik media barat kerana liputan mengenai persiapan negara itu menghadapi Piala Dunia 2022, demikian lapor Aljazeera.

Bercakap di mesyuarat Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia Parlimen Eropah pada Isnin lalu, Ali bin Samikh al-Marri berkata Qatar boleh menerima kritikan membina, namun kempen memburukkan negaranya semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Beliau merujuk kepada liputan kematian pekerja asing di Qatar yang dikeluarkan sebelum ini ketika negara itu bersiap sedia menganjurkan Piala Dunia 2022. 

Al-Marri mengkritik liputan itu dan mendakwa angka jumlah kematian antara 6,500 hingga 15,000 dalam liputan itu sebagai tidak tepat, kredibiliti dan integriti serta tidak dikeluarkan badan yang didokumenkan

“Setiap hari, kami mendengar fitnah baharu mengenai kadar kematian pekerja, seolah-olah kami berada dalam ‘lelongan awam’,” katanya.

“Saya ingin menekankan ketidaktepatan nombor ini. Saya juga meminta semua ahli politik merujuk kepada organisasi khusus rasmi seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) … apabila mendapatkan maklumat yang tepat,” katanya.

Pada Februari 2021, akhbar Guardian melaporkan 6,500 pekerja asing dari India, Pakistan, Nepal, Bangladesh dan Sri Lanka meninggal dunia di negara itu sejak 2010, iaitu ketika Qatar dipilih sebagai tuan rumah kejohanan itu.

Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani berkata pada bulan lalu yang negaranya berdepan kempen kritikan yang belum pernah berlaku sebelum ini menjelang kejohanan itu. 

Pegawai kanan Qatar juga mengecam “kemunafikan” individu menggesa pemulauan Piala Dunia untuk memprotes hak asasi manusia yang didakwa di negara itu.

Syarikat penerbitan Perancis, Le Canard enchainé juga mencetuskan kemarahan baru-baru ini apabila menerbitkan kartun yang menggambarkan pemain bola sepak Qatar sebagai pengganas. 

Netizen mendakwa kartun itu sebagai tindakan perkauman dan anti-Islam secara terang-terangan.

“Kami tidak akan menerima ucapan kebencian dan perkauman sistematik terhadap rakyat kami, negara kami dan pasukan kami, dan kami menyeru organisasi hak asasi manusia antarabangsa untuk mengambil pendirian tegas terhadap sesiapa sahaja terlibat dalam serangan ini,” kata Al-Marri.

Piala Dunia 2022 akan bermula pada 20 November dengan perlawanan pembukaan menyaksikan tuan rumah menentang Ecuador di Stadium Al Bayt. 

Perlawanan akhir pula akan berlangsung pada 18 Disember 2022.

Sumber: Aljazeera

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending