Connect with us

Terkini

Belum boleh tubuh kerajaan, tiada parti peroleh majoriti – SPR

Tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk membentuk kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

Belum boleh tubuh kerajaan, tiada parti peroleh majoriti - SPR
Foto: Tan Sri Abdul Ghani Salleh (tengah), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
  • Tiada parti politik berjaya bentuk kerajaan melalui majoriti mudah.
  • Kesemua parti memperoleh kurang 50 peratus dari 219 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)
  • Jumlah kerusi dimenangi: Pakatan Harapan (76), Perikatan Nasional (51), Barisan Nasional (30), Pas (22), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6), DAP (5), Warisan (3), Muda (1), Parti Bangsa Malaysia (1), Bebas (2).
  • Hanya Perlis yang menjadi satu-satunya negeri mempunyai majoriti untuk PN membentuk sebuah kerajaan secara rasmi.

PUTRAJAYA- Tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk membentuk kerajaan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, sehingga jam 4.30 pagi Ahad, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 76 kerusi Parlimen di seluruh negara.

“Perikatan Nasional (PN) memperoleh 51 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Pas (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), DAP (lima) dan Warisan (tiga),” katanya.

Menurut beliau, Muda dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing-masing memperoleh satu kerusi Parlimen manakala Bebas dua.

Beliau berkata, situasi sama berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dan Perak yang tidak mempunyai majoriti.

“Di Pahang terdapat 41 kerusi DUN yang mana PN memenangi 17 daripadanya, diikuti BN (16) dan lapan kerusi oleh PH,” katanya.

Abdul Ghani berkata, satu bahagian DUN tidak dapat dipertandingkan iaitu Tioman berikutan kematian calon yang bertanding.

“Peratusan pengundian di DUN Pahang adalah 70.48 peratus,” katanya.

Sementara itu, bagi DUN Perak yang mempunyai 59 kerusi, PN mendahului dengan 26 kerusi disusuli PH (24) dan BN (sembilan).

“Peratusan pengundian di Perak adalah sebanyak 66.71,” katanya.

Dengan pengumuman itu, Perlis secara rasmi menjadi satu-satunya negeri yang mempunyai majoriti untuk PN membentuk sebuah kerajaan.

PN menoktahkan penguasaan BN di Perlis dengan menang bergaya apabila memperoleh 14 daripada 15 kerusi DUN.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Polis tahan lelaki Israel, rampas enam pistol – Ketua Polis Negara

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu yang menggunakan pasport Perancis memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
  • “Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
  • Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
  • Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

KUALA LUMPUR — Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.

“Dia (suspek) duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Mungkin dia ada agenda lain yang dia datang sini bermula 12 Mac lalu sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending