Connect with us

Antarabangsa

Suu Kyi bakal jalani dua lagi hukuman penjara tiga tahun serentak

Pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi bakal menjalani dua lagi hukuman penjara tiga tahun secara serentak atas pertuduhan rasuah pada Rabu.

Wartawan TMT

Published

on

Suu Kyi bakal jalani dua lagi hukuman penjara tiga tahun serentak
Foto: Aung San Suu Kyi.
  • Aung San Suu Kyi bakal menjalani dua lagi hukuman penjara tiga tahun secara serentak atas pertuduhan rasuah.
  • Ini merupakan sabitan ke-14 Suu Kyi dengan jumlah tempoh penjaranya kini mencecah 26 tahun.
  • Wanita itu dilaporkan masih berdepan lima lagi pertuduhan.

ISTANBUL – Pemimpin yang digulingkan Aung San Suu Kyi bakal menjalani dua lagi hukuman penjara tiga tahun secara serentak atas pertuduhan rasuah pada Rabu.

Ini merupakan sabitan ke-14 buat Suu Kyi dengan jumlah tempoh penjaranya kini mencecah 26 tahun sejak tentera menggulingkan kerajaannya pada Februari 2021.

Wanita itu dilaporkan masih berdepan lima lagi pertuduhan, lapor Agensi Anadolu memetik laman sesawang berita Myanmar Now.

“Sabitan itu berkaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh ahli perniagaan Maung Weik pada Mac 2021, dalam keterangan yang direkodkan oleh junta dengan menuduh Suu Kyi menerima rasuah lebih daripada AS$550,000 pada empat kali pertemuan mereka antara 2018 dan 2020,” kata laporan itu.

Bulan lalu Suu Kyi dan penasihat ekonominya yang merupakan warga Australia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan melanggar akta rahsia rasmi.

Sebelum ini, mahkamah tentera telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Suu Kyi atas tuduhan penipuan dalam pilihan raya.

Pada Jun lepas, rejim tentera memindahkannya ke penjara dan menempatkan beliau dalam kurungan bersendirian.

Selepas rampasan kuasa tentera pada 24 Feb 2021, Suu Kyi diletakkan di bawah perintah tahanan rumah sehingga April tahun ini sebelum dipindahkan ke lokasi yang tidak diketahui, dipercayai Penjara Naypyitaw.

Wanita itu berhadapan pelbagai pertuduhan, termasuk rasuah.

Bagi kes rasuah, beliau disabitkan dengan hukuman penjara lima tahun pada April.

Kerajaan Suu Kyi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera tahun lalu selepas memenangi pilihan raya kebangsaan pada November 2020.

Rampasan kuasa itu diikuti dengan pergolakan awam yang meluas apabila orang ramai mengecam penyingkirannya dan pemerintahan tentera.

Junta membalas secara ganas ke atas mereka yang melakukan protes, walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa negara itu bakal menuju kepada perang saudara.

Pejabat hak asasi manusia PBB memaklumkan sekurang-kurangnya 2,316 orang termasuk 188 kanak-kanak telah terbunuh di Myanmar sejak tentera merampas kuasa.

Sumber: Bernama 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending