Connect with us

Antarabangsa

Lelaki transgender diharamkan sertai pertandingan ratu cantik di Laos

Kesatuan Belia Revolusi Rakyat Lao melarang golongan transgender daripada menyertai sebarang pertandingan ratu cantik, sama ada di dalam atau di luar negara, termasuk pertandingan yang hanya melibatkan peserta transgender.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki transgender diharamkan sertai pertandingan ratu cantik di Laos
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kesatuan Belia Revolusi Rakyat Lao larang golongan transgender sertai pertandingan ratu cantik, sama ada di dalam atau di luar negara, dan termasuk pertandingan yang hanya melibatkan peserta transgender.
  • Susulan larangan itu, Miss Fabulous Laos 2022, iaitu satu pertandingan ratu cantik yang benarkan lelaki transgender ambil bahagian, telah dihentikan secara sepenuhnya.

VIENTIANE – Kesatuan Belia Revolusi Rakyat Lao melarang golongan transgender daripada menyertai sebarang pertandingan ratu cantik, sama ada di dalam atau di luar negara, termasuk pertandingan yang hanya melibatkan peserta transgender.

Susulan larangan itu, Miss Fabulous Laos 2022, iaitu satu pertandingan ratu cantik yang membenarkan lelaki transgender mengambil bahagian, telah dihentikan secara sepenuhnya.

Miss Fabulous Laos 2022 telah membuat kenyataan di laman sosialnya bahawa semua aktiviti yang berkaitan pertandingan itu akan dihentikan dengan serta-merta.

Pengumuman itu dibuat selepas pejabat Kesatuan Belia Revolusi Rakyat Lao mengeluarkan notis pada Ogos yang menyatakan bahawa pertandingan ratu cantik mesti mengikut peraturan ditetapkan oleh kesatuan itu.

Peraturan baharu tersebut telah menerima kecaman daripada media sosial.

Miss Fabulous Laos 2022 tidak mahu mengecualikan lelaki transgender daripada menyertai pertandingan itu tetapi kesatuan telah menolak permintaan mereka untuk meneruskan.

Pihak penganjur telah mengeluarkan notis yang melarang Miss Fabulous Laos 2022 daripada meneruskan pertandingan, tetapi peserta dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dan acara lain.

Sumber: Laotian Times

Author