Antarabangsa
Hasrat Britain pindah kedutaan ke Baitulmaqdis cabul undang-undang antarabangsa
Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye berkata pada Isnin bahawa hasrat Britain untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis “adalah melanggar undang-undang antarabangsa,” lapor Xinhua.

- Perdana Menteri Palestin mengatakan hasrat Britain memindahkan kedutaan di Israel ke Baitulmaqdis melanggar undang-undang antarabangsa.
- Pemindahan kedutaan itu akan menjejaskan hubungan dua hala Palestin, negara Arab serta Islam.
- Ia juga akan mengeluarkan Britain daripada sebarang usaha di peringkat antarabangsa untuk mencapai penyelesaian bagi menamatkan konflik di Palestin.
RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin Mohammed Ishtaye berkata pada Isnin bahawa hasrat Britain untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke Baitulmaqdis “adalah melanggar undang-undang antarabangsa,” lapor Xinhua.
Memindahkan kedutaan British ke Baitulmaqdis “akan menjejaskan hubungan dua hala dengan Palestin dan negara Arab serta Islam, serta mengeluarkan Britain daripada sebarang usaha di peringkat antarabangsa untuk mencapai penyelesaian bagi menamatkan konflik di Palestin,” kata Ishtaye pada mesyuarat mingguan kabinet.
“Kerajaan Palestin menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri baharu Britain, Liz Truss dan janjinya untuk menyemak kembali lokasi kedutaan Britain bagi tujuan pemindahan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
“Sebarang perubahan dalam status quo di Baitulmaqdis akan menjejaskan penyelesaian dua negara,” kata Ishtaye.
Palestin mahu menubuhkan sebuah negara merdeka bersama Israel di wilayah yang diduduki Israel sejak 1967, termasuk Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya, manakala Israel berkeras agar seluruh Baitulmaqdis dijadikan ibu negaranya.
Sumber: Bernama
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah