Connect with us

Antarabangsa

Hanya satu peratus penglibatan Muslim dalam Hollywood

Aktivis Pakistan dan Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai mengatakan bahawa terdapat kekurangan daripada perwakilan Muslim dalam filem-filem Hollywood.

Wartawan TMT

Published

on

Hanya satu peratus penglibatan Muslim dalam Hollywood
Foto: Malala Yousafzai.
  • Malala Yousafzai mengatakan bahawa terdapat kekurangan daripada perwakilan Muslim dalam filem-filem Hollywood.
  • Walaupun umat Islam membentuk 25 peratus daripada populasi dunia, namun hanya satu peratus penglibatan Muslim dalam siri televisyen (TV) popular.
  • Beliau berkata kerja-kerja aktivisme tidak sekadar NGO
  • Penonton sepatutnya boleh menonton rancangan yang dibuat oleh orang kulit berwarna dan Muslim.

DUBAI – Aktivis Pakistan dan Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai mengatakan bahawa terdapat kekurangan daripada perwakilan Muslim dalam filem-filem Hollywood.

Beliau berucap ketika menghadiri acara Variety, Power of Women yang berlangsung di United States (US) baru-baru ini. 

Yousafzai berkata “saya telah melakukan kerja-kerja aktivisme lebih daripada sedekad sehingga sekarang, dan saya menyedari bahawa kita tidak seharusnya terhadkan kerja aktivisme kepada pertubuhan bukan kerajaan, (NGO) sahaja. Mengubah fikiran dan perspektif masyarakat juga perlu diusahakan,”. 

Wanita berusia 25 tahun itu, yang baru memegang jawatan sebagai penerbit kandungan menegaskan walaupun umat Islam membentuk 25 peratus daripada populasi dunia, namun hanya satu peratus penglibatan Muslim dalam siri televisyen (TV) popular.

“Anda sering didedahkan dalam Hollywood, secara tersirat atau eksplisit, bahawa watak-watak itu terlalu muda, terlalu coklat, atau terlalu Islam, serta terhad kepada penglibatan satu-satu warna sahaja.Pemahaman ini perlu diubah.

“Saya seorang wanita, seorang Muslim, seorang Pashtun, seorang Pakistan, dan seorang yang berwarna, dan saya menonton ‘Succession,’ ‘Ted Lasso,’ dan ‘Severance,’ di mana ketuanya adalah orang kulit putih dan kebanyakan watak yang dipegang adalah lelaki kulit putih.

“Jika kita boleh menonton rancangan seperti itu, maka saya fikir penonton sepatutnya boleh menonton rancangan yang dibuat oleh orang kulit berwarna, dihasilkan dan diarahkan oleh orang kulit berwarna, dengan orang kulit berwarna sebagai peneraju. ‘That is possible’ dan saya akan merealisasikannya,” kata Yousafzai.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending