Connect with us

Antarabangsa

Bomoh bunuh dua wanita untuk ‘korban manusia’ di India

Polis India menahan tiga individu, termasuk seorang lelaki yang didakwa sebagai bomoh, kerana membunuh dua wanita untuk dijadikan korban manusia bagi meraih kekayaan pada Rabu lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Bomoh bunuh dua wanita untuk ‘korban manusia’ di India
  • Polis India menahan tiga individu termasuk seorang bomoh kerana membunuh dua wanita untuk dijadikan korban.
  • Korban manusia itu dilakukan bagi meraih kekayaan sepasang suami isteri.
  • Suami isteri itu mengalami masalah kewangan dan bertindak membayar 300,000 rupee kepada bomoh itu untuk membunuh dua mangsa.
  • Bomoh yang digambarkan polis sebagai ‘seksual pervert’ itu pernah didakwa atas tuduhan rogol.

NEW DELHI – Polis India menahan tiga individu, termasuk seorang lelaki yang didakwa sebagai bomoh, kerana membunuh dua wanita untuk dijadikan korban manusia bagi meraih kekayaan pada Rabu lalu.

Individu itu, termasuk sepasang suami isteri yang mengalami masalah kewangan dan membayar 300,000 rupee kepada bomoh itu, Mohammed Shafi bagi membunuh dua mangsa yang diseksa, menerusi dua upacara dalam tempoh tiga bulan, kata jurucakap polis Pramod Kumar kepada AFP dipetik The Straits Times.

Shafi memberitahu pasangan dari Kerala itu Bhagaval Singh dan isterinya Laila dari Kerala bahawa korban manusia itu akan membawa kekayaan, kata polis.

Shafi yang digambarkan polis sebagai ‘seksual pervert’ pernah didakwa atas tuduhan rogol, dikatakan “mengumpan” mangsa pertama ke rumah Singh pada Jun lalu untuk menawarkan watak lakonan dalam sebuah filem tempatan.

Menurut penyiasat, Shafi meyakinkan pasangan itu untuk mengambil bahagian dalam upacara pemujaan kedua pada September selepas mereka mengadu masih belum memperoleh kekayaan.

“Kami memang sedang menyiasat kes kehilangan wanita pertama setelah menemui lokasi terakhir telefon bimbit (mangsa) sebelum mengetahui mangsa kedua turut hilang di sekitar kediaman pasangan itu pada September lalu,” kata Kumar.

Dua wanita itu mencari rezeki dengan menjual tiket loteri dari rumah ke rumah. 

Mayat mereka ditemui ditanam di halaman rumah pasangan itu dan polis kini menyiasat sama ada Shafi terlibat dalam kes lain.

Jiran Singh berkata, lelaki itu, yang dipercayai seorang pengamal perubatan tradisional, menyuarakan rasa terkejut dengan kejadian itu, malah sukar percaya yang dia terlibat dalam pembunuhan itu.

“Ramai orang datang ke rumahnya untuk mendapat rawatan tulang retak, lebam dan sakit ringan lain. Kami tidak pernah mengesyaki apa-apa, apatah lagi dia memang seorang berbudi bahasa,” kata Gopan K.

Pakar menyatakan kepercayaan terhadap ilmu sihir dan ilmu ghaib masih berleluasa di pedalaman India, di mana insiden pengorbanan manusia ada dilaporkan.

Sumber: The Straits Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending