Connect with us

PRU-15

Antara rasuah dan syirik, mana yang lebih utama?

Tolak pemimpin rasuah! Barangkali inilah ‘ratib politik’ yang paling hangat kita dengar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November depan.

Puti Iylia Maisarah

Published

on

Antara rasuah dan syirik, mana yang lebih utama?
Foto: Gambar sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tolak pemimpin rasuah! Barangkali inilah ‘ratib politik’ yang paling hangat kita dengar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November depan.

Ratib politik ini tentunya memukau pengundi merentasi pegangan politik di negara ini kerana kita semua percaya tanpa rasuah, negara akan pulih dari segala permasalahannya.

Sekurang-kurangnya inilah apa yang disemai atau difikirkan sebahagian rakyat (baca pengundi) di negara ini menjelang PRU15 nanti.

Namun jika dilihat dari sudut berbeza, bagaimana pula dengan kepentingan pemimpin yang menitikberatkan soal rasuah tetapi pada masa sama, memisahkan agama dalam perjuangan dan kepimpinannya semata-mata untuk berkuasa?

Jika ditelusuri sejarah peradaban manusia, rasuah antara pencetus jatuhnya sebuah tampuk pemerintahan sehingga boleh mengakibatkan seorang individu tersungkur di pentas politik, begitu juga perkara-perkara syirik yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak dan kehancuran ummah.

Rasuah bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk menyogok, menyuap, sogok, suap, demikian menurut Kamus Dewan edisi keempat.

Advertisement

Ulama terkenal dunia, Allahyarham Yusuf al-Qardhawi mendefinisikan rasuah termasuk memakan harta orang lain dengan jalan batil iaitu memberikan wang kepada penguasa atau petugas, supaya penguasa atau petugas itu memenangkan hukum untuknya dengan mengalahkan pihak lawan, atau supaya mendahulukan urusannya atau melambatkan

Pengertian itu jelas membawa makna rasuah adalah suatu kesalahan jenayah yang mengakibatkan ketidakadilan dalam sistem pemerintahan waima kamus dewan bahasa Melayu turut mendefinisikan rasuah adalah ‘penyakit’ masyarakat yang berbahaya dan sesungguhnya rasuah adalah haram hukumnya.

Manakala syirik adalah menyekutukan Allah baik dengan keyakinan, ucapan dan perbuatan. Syirik adalah dosa besar yang paling besar dan yang pertama daripada 76 dosa besar yang dihimpunkan Imam al-Zahabi dalam kitabnya al-Kaba’I dan perkara itu jelas menyatakan bahawa syirik merupakan perkara yang sangat diharamkan dalam Islam.

“Oleh kerana itu, janganlah kamu menyertakan “si fulan” dalam ucapan-ucapan di atas, kerana boleh menjatuhkan kamu ke dalam kemusyrikan,” demikian menurut  Hadith Riwayat Ibnu Abi Hatim.

Perjuangan pemimpin yang berlandaskan Islam bersandarkan al-quran dan hukum agama adalah sebuah amanah dan tanggungjawab yang menuntut pemimpin membimbing masyarakat dan rakyat, namun sekiranya pemimpin yang dilantik memisahkan aspek agama dalam pemerintahan adakah itu dikira pemimpin sebenar atau retorik semata-mata?

Bahaya Serangan Pemikiran

Advertisement

Perkara yang ‘memisahkan agama’ adalah serangan pemikiran atau satu bentuk fahaman dan idealis yang mengenepikan ilmu serta ajaran agama dalam pemerintahan yang membawa kepada kebebasan atau amalan bebas dari ketentuan agama, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

Menurut PMWP, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 74, memutuskan gerakan pemikiran liberal adalah satu fahaman berkenaan kebebasan yang mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng daripada aspek akidah dan syariah.

Fahaman liberal dan sekularisme adalah suatu ideologi atau pemikiran yang mula menular dan menjajah pemikiran masyarakat yang mana bagi sesetengah pihak bertindak bertopengkan perkara itu bagi membawa jalan hidup Islam moden dan tidak terikat dengan budaya Arab. 

Aspek pemisahan agama ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran Islam liberal yang menyentuh kebebasan dan hak asasi manusia, sekali gus bertindak agresif menyentuh prinsip bertentangan ajaran Islam seperti dalam isu amalan seks songsang membabitkan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), kebebasan beragama, murtad dan poligami.

Bagaimanapun, dalam konteks ini, antara rasuah dan syirik, sejauh manakah impaknya terhadap pemimpin dan pentadbiran?

“Jika dikaji dengan teliti didapati ada hubungan yang erat di antara syirik dengan penyelewengan tingkah laku individu termasuk memberi dan menerima rasuah. Ini adalah  kerana jika seseorang betul-betul mentauhidkan Allah SWT maka hatinya sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak-NYA.

Advertisement

“Matlamat hidup individu tersebut hanya untuk mencari keredaan Tuhannya. Justeru dia sentiasa berusaha mentaati segala perintah-NYA dan menghindari segala larangan-NYA. Di dalam al-Qur’an, Allah melarang umat Islam daripada memakan atau mengambil harta orang lain secara salah. (Rujuk surah al-Nisa’: 29 dan 30).

“Manakala di dalam hadis pula dinyatakan bahawa pemberi dan penerima rasuah adalah dilaknat. Ini menunjukkan bahawa amalan rasuah adalah amat keji dan tercela dalam pandangan Islam,” kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kepada The Merdeka Times.

Beliau berkata walaupun syirik merupakan dosa yang paling besar di sisi agama Islam sehingga tidak akan diampuni Allah SWT, namun kesan langsungnya hanya tertuju kepada individu yang musyrik itu sendiri walaupun kesan secara tidak langsungnya tetap wujud apabila diteliti.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman sejarah dan realiti yang dapat disaksikan, boleh dikatakan bahawa sebuah tamadun mampu meningkat dan bertahan hidup bersama syirik, sebaliknya sesebuah tamadun pasti runtuh jika rasuah bermaharajela di dalamnya.

Namun, katanya, rasuah adalah sejenis penyakit yang amat berbahaya yang mampu memusnahkan masyarakat dan meruntuhkan negara.

Tiada apa yang dapat menandingi hukum dan nilai agama

Advertisement

Bagaimanapun, menurutnya bagi seorang pemimpin yang beriman, kepercayaan agama mempunyai pengaruh hebat dan luar biasa terhadap pembentukan seseorang beriman.

“Begitulah juga halnya dengan seorang pemimpin. Dia perlu memiliki pengetahuan tentang hukum-hukum agama, sekurang-kurangnya tahu apa yang halal dan apa yang haram.

“Sains dan kesenian tidak mampu menandingi agama di aspek ini. Sains memang diakui dapat melonjakkan sesebuah negara dan bangsa ke arah kemajuan. Seni juga amat kuat pengaruhnya dan berupaya membentuk emosi individu dan masyarakat sama ada ke arah kebaikan atau kerosakan

“Bila mana keyakinan kepada Allah dan kepada hari akhirat bertahta di hati seorang mukmin maka undang-undang hanya menjadi formaliti semata-mata. Seorang yang mempunyai iman maka segala tindak tanduknya adalah didorong oleh hatinya yang beriman, bukan kerana takut ditangkap polis atau takut didakwa di mahkamah semata,” katanya.

Dalam pada itu, menurut pakar agama dan pendakwah bebas Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz, kedua-dua aspek iaitu rasuah dan syirik sangat penting dan kedua-dua itu perlu diberi perhatian.

“Syirik ini sudah terang-terang seperti orang bukan Islam, suatu perkara yang menyekutukan dan menduakan allah seperti orang bukan Islam, kalau dia syirik kita tidak boleh kategorikan dia Islam lagi sekiranya dia mengamalkan syirik besar.

Advertisement

“Tapi yang berat ini apabila dia duduk dalam Islam tetapi melanggar perintah Islam dan perintah Allah, itu bahaya sebab dia mengaku Islam, dia ibarat seperti pagi subuh dia (individu) solat tetapi petang main judi dan minum arak, ini bahaya sebab dia boleh merosakkan dan mempengaruhi kehidupan orang Islam.

“Dalam konteks pemimpin, perkara ini sangat bahaya kerana tanggungjawab dia besar, nak jaga rakyat, bayangkan kalau kita ‘bengkok’ jadi pemandu bas, bagaimana ingin membawa penumpang bas dengan jalan yang betul dan selamat?,” katanya kepada The Merdeka Times. 

Beliau berkata dalam konteks Islam semua perkara yang diharamkan dalam agama Islam tidak boleh dilakukan, baik rasuah atau salah guna agama semua itu termaktub dalam setiap kategori masing-masing. 

Tambahnya, Islam menitikberatkan bab ‘keutamaan’ iaitu perlu utamakan perkara yang terpenting daripada ‘penting’ dalam Islam dan perlu dilihat dalam aspek ‘keutamaan’ sesuatu isu sama ada kesan, impaknya terhadap sesebuah pentadbiran dan individu. 

Sehubungan itu, menjelang Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) pemilihan pemimpin dan calon adalah tanggungjawab setiap individu bagi menilai kepemimpinan yang selamat berpaksikan nilai agama yang luhur agar mampu menjaga kesejahteraan negara.

Seorang nakhoda perlu mempunyai ilmu pelayaran yang cukup supaya mampu mengemudi kapal dan membawa para penumpang dengan selamat. Dia perlu mengelakkan kapal yang dipandunya daripada melanggar tukun-tukun yang merbahaya. 

Advertisement

Sebaliknya jika nakhoda seorang yang curang maka kapal mungkin tersasar daripada destinasi yang dituju, malah mungkin juga menyebabkan kapal tersebut karam di lautan demikian menurut Mufti Pulau Pinang ketika ditanya berkenaan calon pemimpin yang perlu dinilai pengundi.

Tambahnya, sebaiknya calon pemimpin yang akan dipilih nanti mestilah daripada seorang yang berpegang kuat kepada agama dan ada kebolehan dan kecekapan menjalankan tugas menjaga hal ehwal rakyat serta ‘ringan tulang’ untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. – The Merdeka Times.

PRU-15

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Wartawan TMT

Published

on

Saingan 6 penjuru di Parlimen Padang Serai 
Foto (dari kiri): Dr Mohamad Sofee Razak (Pakatan Harapan), Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), dan Sreananda Rao (Bebas).
  • PRU15 kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.
  • Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah umumkan perkara tersebut setelah tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.
  • Antara calon yang terlibat adalah Datuk Azman Nasrudin (PN), Datuk Sivarraajh Chandran (BN), Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari (PH), calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.
  • Undi bagi Parlimen Padang Serai ditangguh susulan kematian calon PH iaitu M Karupaiya pada 16 November lalu.
  • SPR menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal 3 Disember, serta tempoh berkempen selama 13 hari.

KULIM: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Enam calon terbabit ialah Datuk Azman Nasrudin dari Perikatan Nasional (PN); Datuk Sivarraajh Chandran dari Barisan Nasional (BN); Hamzah Abdul Rahman (PEJUANG); Dr Mohamed Sofee Razak dari Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili WARISAN.

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari hingga jam 11.59 malam 6 Disember bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding.

Sumber: Berita Harian

 

Advertisement
Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending