Terkini
[VIDEO] Kepala dipijak bahkan hampir ditetak oleh bapa tiri, gadis buat laporan polis
Satu akaun Instagram @d4hleea mendakwa seorang gadis telah didera oleh bapa tirinya hingga menyebabkan dia trauma dan cedera di beberapa bahagian anggota badan serta muka.
- Satu akaun Instagram @d4hleea mendakwa seorang gadis telah didera oleh bapa tirinya hingga menyebabkan dia trauma dan cedera di beberapa bahagian anggota badan serta muka.
- Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Parit Buntar, Perak.
- Mangsa dikenali dengan nama Dahlia.
- Hasil pemeriksaan di Hospital Taiping mendapati bahagian mata sebelah kiri mangsa kurang jelas, pipi, bahagian belakang badan, kaki kanan dan kiri bengkak.
- “Kenapa anak tak nak duduk di rumah itu dah sebab mak bapa itu sendiri. Kami takkan keluar dari rumah tersebut kalau kami merasa selamat. Rumah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk anak berlindung!” – Dahlia.
KUALA LUMPUR – Satu akaun Instagram @d4hleea mendakwa seorang gadis telah didera oleh bapa tirinya hingga menyebabkan dia trauma dan cedera di beberapa bahagian anggota badan serta muka.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Parit Buntar, Perak.
Pemilik akaun itu mendedahkan, mangsa dikenali sebagai Dahlia mendakwa bahawa ayah tirinya telah mencekik serta menampar pipinya sebelum ditolak ke lantai dan menghentak kepala gadis itu seolah ia sebiji bola.
Kata Dahlia, ayah tirinya telah memijak kepala dia beberapa kali sambil menghentak-hentak menggunakan kaki. Tindakan itu menyebabkan, mata mangsa bengkak, lebam dan pecah darah sebab dipijak menggunakan tumit.
Jelasnya, perbuatan itu dibuat dengan sangat kuat seolah ingin membuat kepalanya pecah.
“Dia tarik rambut Dahlia dia tarik leher Dahlia. Dia lempang berkali-kali. Dia terajang sampai terhantuk ke pintu. Dia sepak-sepak pijak-pijak badan Dahlia,” ujar Dahlia di mana dia turut mendakwa bapa tirinya pernah mengambil parang di dapur kerana ingin menetaknya bahkan menendangnya hingga terkeluar dari rumah dan termasuk dibawah kereta.
Bagaimanapun, ayah tirinya berlari masuk ke rumah apabila jiran mereka tampil keluar semasa Dahlia hampir ditetak.
Dahlia mendakwa semasa dia menerima rawatan di Hospital Taiping, hasil pemeriksaan mendapati bahagian mata sebelah kiri dia kurang jelas, pipi, bahagian belakang badan, kaki kanan dan kiri bengkak.
Dalam hantaran berbeza, pemilik akaun itu menunjukkan gadis berusia 19 tahun itu telah berkongsi laporan polis yang dibuat olehnya susulan kejadian tersebut. Difahamkan, dia ingin berjumpa dengan ibu kandungnya pada masa kejadian, namun tidak lama selepas itu berlakunya pertengkaran mulut dengan ibunya.
Kemudian, bapa tirinya keluar dari bilik air dan terus menarik leher menampar pipi sebelah kirinya dan menendang bahagian belakang badan serta memijak kepala dia.
“Selepas itu, sekali lagi ayah tiri saya menendang saya di hadapan pintu rumah dan kemudian kawan saya telah membawa saya pergi dan menghantar saya ke rumah ayah kandung saya.”
Pada masa sama, pemilik akaun tersebut turut berkongsi rakaman audio semasa membuat laporan di balai polis tentang kejadian tersebut yang difahamkan ia berlaku pada 17 Ogos 2022.
Dalam audio tersebut, difahamkan Dahlia berkata tegas “Kenapa anak tak nak duduk di rumah itu dah sebab mak bapa itu sendiri. Kami takkan keluar dari rumah tersebut kalau kami merasa selamat. Rumah sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk anak berlindung!”
Lebih parah, apabila Dahlia mendakwa dia turut disalahkan oleh pihak tersebut kerana tidak dapat memaafkan perbuatan tersebut. Malah, ketika dia meluah segala apa yang dirasainya, ayah tirinya hanya tersenyum serta gelak kecil.
Turut kedengaran suara lelaki yang difahamkan bapa kandung Dahlia dalam audio yang berasingan berkata, “Saya hantar dia rupa elok, tiba-tiba dia balik macam ini.”
Sumber : Instagram d4hleea