Connect with us

Komuniti

Tun Samy Vellu, menteri legenda yang suka berjenaka

“Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi ke matahari! Barulah USA dan Russia respect sama kita!

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tun Samy Vellu, menteri lagenda yang suka berjenaka
Foto: Tan Sri Samy Vellu dalam kenangan.
  • “Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi ke matahari! Barulah USA dan Russia respect sama kita!,”
  • “Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini. Salah seorang penduduk kampung bertanya, Tapi Datuk sini tak ada sungai, buat apa bina jambatan? Samy membalas, Kalau tak ada sungai, kita bina sungai,” 
  • “Orang orang mude sekarang banyak suka hisap dade,” 
  • “Tol naik sikit, marah sama saya. You ingat ini semua tol saya punya bapak punya kah?!” – Samy Vellu.

KUALA LUMPUR – “Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi ke matahari! Barulah USA dan Russia respect sama kita!

Salah seorang pemberita membalas, “Tapi Datuk Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?

Sammy Vellu pula membalas “Itu pasal you tak jadi menteri, saya sudah 30 tahun menteri, mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas, kita pergi malam baru ada sejuk!,”

Demikian antara kenyataan yang mencuit hati para wartawan apabila bekas Menteri Kerja Raya, mendiang Tun Dr S Samy Vellu ketika berada dalam arena kerjayanya sebagai menteri yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang prasarana negara terutama dalam pembinaan jalan raya dan lebuh raya utama negara. 

Samy Vellu yang juga bekas Presiden MIC mempunyai perwatakan yang lucu dan disenangi ramai.Antara kata-kata Samy yang diingati ramai apabila ketika Samy memberikan ucapan salah satu program ceramahnya yang berbunyi “Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini. Salah seorang penduduk kampung bertanya, Tapi Datuk sini tak ada sungai, buat apa bina jambatan? Samy membalas, Kalau tak ada sungai, kita bina sungai,” seloroh beliau.

Dalam pada itu, Samy juga aktif dalam menyuarakan isu-isu semasa dan salah satu ucapannya yang diingati ramai ialah ketika Samy memberi komen mengenai isu dadah “Orang orang mude sekarang banyak suka hisap dade,” katanya.Hingga saat ini kenyataan lucu mendiang segar di ingatan rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, ketika Samy berucap di Berita Nasional bagi memberi komen mengenai kenaikan harga tol, Samy pernah berkata “Tol naik sikit, marah sama saya. You ingat ini semua tol saya punya bapak punya kah?!”

Kenyataan itu mendapat perhatian ramai sehingga ada yang memetik ucapannya sebagai suatu bahan jenaka. 

Samy yang turut dikenali sebagai permata Sungai Siput susulan pernah memegang kerusi Parlimen kawasan itu pernah membuat lagi satu kenyataan ketika memberi ucapan program di Sungai Siput mengenai kempen menderma darah beliau menyeru “Marilah kita semua menderma dara,” katanya.

Itulah mendiang Samy Vellu, walau kenyataan penuh jenaka menteri lagenda ini merupakan menteri kabinet paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun dengan meninggalkan sumbangan besar  kepada negara dan masyarakat India. 

Tun Samy Vellu dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi tadi pada berusia 86 tahun. – The Merdeka Times.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *