Connect with us

Terkini

Liberal sokong hak asasi, tapi buat undang-undang sekat kebebasan beragama – Profesor Rafidah Hanim Mokhtar

“Konsep “illiberalism of liberalism” yang menggambarkan satu kaedah “anda tidak amalkan apa yang anda dakwahkan” di mana ia semakin ketara dimainkan di era hak asasi ini,” kata Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Liberal sokong hak asasi, tapi buat undang-undang sekat kebebasan beragama - Profesor Rafidah Hanim Mokhtar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Konsep “illiberalism of liberalism” yang menggambarkan satu kaedah “anda tidak amalkan apa yang anda dakwahkan” semakin ketara di era hak asasi ini.
  • Mereka mengakui liberal, juga meraikan konsep “kebebasan bersuara dalam hak asasi manusia namun akhirnya mereka mula menekan atau “mengenakan” pandangan mereka ke atas orang lain.
  • Pro-hak asasi mula buat undang-undang sekat kebebasan beragama.
  • “Tiap-tiap tahun Human Rights Watch, Justice For Sisters membidas undang-undang syariah kita. Baik, kita perbanyakkan program dakwah.” 
  • Namun, program Mukhayyam bentuk dakwah yang menggunakan kaedah ilmiah bagi golongan LGBT itu turut ditentang mereka. 
  • “Apa saja mesej agama mereka tentang. Hanya sahaja di Malaysia mereka belum berani secara terbuka mengatakan Al-Quran itu homophobic, transphobic.”

KUALA LUMPUR – “Konsep “illiberalism of liberalism” yang menggambarkan satu kaedah “anda tidak amalkan apa yang anda dakwahkan” di mana ia semakin ketara dimainkan di era hak asasi ini,” kata Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Mereka mengatakan diri mereka Liberal, yang meraikan konsep “kebebasan bersuara dalam hak asasi manusia” inilah yang akhirnya seperti yang digambarkan diskusi seputar “illiberalism liberalism”….. sebagai “risk of inviting authoritarianism“. Mereka mula menekan atau “mengenakan” pandangan mereka ke atas orang lain.”

“Kenapa sebahagian dari kita resah dengan undang-undang tasyabbuh, homoseksualiti sedangkan pro-hak asasi ini mula membuat satu demi satu undang-undang yang menyekat kebebasan beragama?” katanya yang menegaskan bahawa beliau tidak berpegang kepada konsep liberal dalam agama seperti digariskan Charles Kurzman dalam Liberal Islam: A Source Book

“Islam seperti yang kita ketahui ada had dan sempadan. Dr Ugi Suharto telah jelaskan dengan baik ciri-ciri Islam Liberal dalam buku beliau,” jelas Dr Rafidah.

Katanya, beliau tidak bercakap tentang ekonomi liberal atau istilah umum liberalisme dalam banyak sektor lain.

Dr Rafidah yang juga merupakan Profesor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, turut mengulas berkenaan permasalahan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di mana menurutnya ada dalam kalangan muslim sendiri yang berkata Islam janganlah banyak menghukum sahaja sedangkan sifat undang-undang itu bagi mencegah jenayah.

“Tiap-tiap tahun Human Rights Watch, Justice For Sisters membidas undang-undang syariah kita. Baik, kita perbanyakkan program dakwah.” 

Namun, program Mukhayyam satu bentuk dakwah yang menggunakan kaedah ilmiah bagi golongan LGBT itu turut ditentang mereka. 

Mereka melabelnya sebagai “conversion therapy” dengan meminjam pengalaman Barat yang tak sama dengan kita. Bahkan, mereka menyeru diadakan undang-undang untuk mengharamkan Mukhayyam.

“Apa saja mesej agama mereka tentang. Hanya sahaja di Malaysia mereka belum berani secara terbuka mengatakan Al-Quran itu homophobic, transphobic,” katanya. 

Berikutan itu, beliau tegas mempersoalkan kenapa undang-undang Islam dicemuh kononnya Islam tiada kaedah lain selain undang-undang, sedangkan kaedah dakwah juga ingin diharamkan?

“Mereka yang mengaku mendukung hak asasi ini, meraikan “freedom of expression“, membuat pula undang-undang mereka. Antaranya undang-undang “misgendering”, bidas beliau yang turut berkongsi beberapa kes yang boleh dirujuk;

18 Mac 2021 – Robert Hoogland seorang ayah dijel di Mahkamah Kanada kerana memanggil anak perempuannya (yang ingin menjadi lelaki) “daughter,”. It was done out of a fatherly love. Tapi kena penjara.

7 September 2022 – Enoch Burke seorang guru di Ireland enggan menggunakan pronoun pelajar yang tidak mengikut biologi kerana bertentangan dengan kepercayaan beliau sebagai seorang Kristian. Beliau dipenjarakan selama 7 hari.

Sumber : Facebook Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *