Connect with us

Antarabangsa

Lebih 170 hari mogok di Penjara Israel, Warga Palestin Khalil Awawdeh semakin kronik

Tahanan Palestin, Khalil Awawdeh, yang mogok lapar di penjara Israel selama 171 hari, kini mengalami sesak nafas dan masalah teruk di kesemua organ-organ pentingnya akibat mogok itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 170 hari mogok di Penjara Israel, Warga Palestin Khalil Awawdeh semakin kronik
Foto: Tahanan Palestin, Khalil Awawdeh.
  • Warga Palestin, Khalil Awawdeh mogok lapar selama 171 hari di penjara Israel kini mengalami masalah kesihatan serius.
  • Awawdeh, 40, mogok lapar sejak 3 Mac (melebihi 170 hari) bagi membantah tindakan rejim Israel yang enggan membebaskannya.
  • Isteri Awawdeh berkata suaminya mengalami masalah pernafasan serius, hemoglobin menurun dengan mendadak, paras gula dalam darah berkurang, tidak lagi mampu bercakap dan menggerakkan anggota badan.
  • Dia menyifatkan keadaannya sekarang sebagai hukuman mati secara perlahan-lahan, demikian menurut laporan kumpulan hak asasi berpangkalan di Geneva ‘Euro-Med Monitor’.
  • Seramai 228 warga Palestin meninggal dunia dalam penjara Israel sejak 1967 dengan 70 darinya maut selepas keadaan kesihatan memburuk kerana tidak mendapat rawatan ketika dalam tahanan.

GENEVA – Tahanan Palestin, Khalil Awawdeh, yang mogok lapar di penjara Israel selama 171 hari, kini mengalami sesak nafas dan masalah teruk di semua organ-organ pentingnya akibat mogok itu.

Euro-Med Monitor’, sebuah badan bukan kerajaan hak asasi manusia berpangkalan di Geneva, dalam kenyataannya berkata, masa semakin suntuk untuk warga Palestin itu.

Awawdeh, 40, kini semakin kritikal berbanding keadaan sebelum ini selepas beliau mogok sejak  3 Mac lalu (melebihi 170 hari) bagi membantah tindakan rejim zionis Israel yang enggan membebaskannya.

Warga Palestin itu berkata penahanan itu, dengan keadaan kesihatannya yang semakin buruk, merupakan sejenis hukuman mati secara perlahan-lahan yang dijatuhkan ke atas dirinya, demikian menurut laporan kumpulan hak asasi berpangkalan di Geneva. 

Isteri Awawdeh berkata suaminya mengalami masalah pernafasan serius, hemoglobin menurun dengan mendadak, paras gula dalam darah berkurang, tidak lagi mampu bercakap dan menggerakkan anggota badan.

Susulan penahanannya tahun lalu, Mahkamah Israel mengeluarkan perintah tahanan pentadbiran ke atas Awawdeh, yang kemudiannya dilanjutkan selama empat bulan lagi.

Pada 19 Ogos lalu, Mahkamah Israel membekukan perintah penahanan pentadbiran ke atas Awawdeh tetapi tidak membebaskannya, bermakna beliau akan dipindahkan dari hospital ke penjara semula sebaik saja kesihatan warga Palestin itu pulih.

Seramai 228 warga Palestin meninggal dunia dalam penjara Israel sejak 1967 dengan 70 darinya maut selepas keadaan kesihatan memburuk kerana tidak mendapat rawatan ketika dalam tahanan.

Sumber: Quds News Network

Author