Connect with us

Terkini

Kak Ogy lebih cenderung ke arah dakwah menerusi filem pendek

The Merdeka Times telah dijemput bagi menghadiri majlis pra tonton filem pendek ‘Aidil & Atok’ arahan Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Kak Ogy, pada hari Isnin lalu bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee FINAS.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kak Ogy lebih cenderung ke arah dakwah menerusi filem pendek
Foto: Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Kak Ogy.
  • “Aidil & Atok” merupakan filem pendek kedua arahan Kak Ogy hasil kerjasamanya bersama Yayasan Ammirul Ummah.
  • Beliau pada mulanya terlibat dengan Yayasan Ammirul Ummah sebagai sukarelawan (premier’s volunteer) semata-mata.
  • Sebaliknya Kak Ogy memilih untuk mencurahkan bakatnya dengan berkarya sambil beramal.
  • Beliau mahu mendidik masyarakat dengan kaedah yang mudah untuk difahami penonton.

KUALA LUMPUR – The Merdeka Times telah dijemput bagi menghadiri majlis pra tonton filem pendek ‘Aidil & Atok’ arahan Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau lebih mesra dipanggil Kak Ogy, pada hari Isnin lalu bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee FINAS.

Filem pendek ‘Aidil & Atok’ yang menampilkan pelakon cilik Aiman Badrul dan Alexander Zulkarnain serta pelakon veteran Zaidi Omar ini merupakan filem pendek yang kedua arahan Kak Ogy hasil kerjasamanya bersama Yayasan Ammirul Ummah.

Kak Ogy pada mulanya terlibat dengan Yayasan Ammirul Ummah sebagai sukarelawan (premier’s volunteer) semata-mata untuk membuat hantaran di media sosial sahaja. Namun kemudian, Kak Ogy memilih untuk mencurahkan bakatnya dalam berkarya sambil beramal.

“Benda itu sangat hardsell, setakat review and promote semata-mata. Benda itu sudah menjadi sangat cliché. Tetapi, bila kita menyuntik penonton dengan karya filem pendek, ia akan memberi impak yang berbeza,” kata Kak Ogy ketika sidang media majlis pra tonton ‘Aidil & Atok’.

Ditanya mengenai sebab beliau memilih untuk berdakwah melalui filem pendek, Kak Ogy menjelaskan bahawa dia mahu mendidik masyarakat dengan kaedah yang mudah untuk difahami penonton.

“Objektifnya, kita nak mendidik. Tetapi bukan mendidik secara tegas dan bukan kita nak fokuskan dari sudut halal haram sahaja dalam Islam ini. Kita nak mengetengahkan juga keindahan Islam yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah SAW ini,” katanya.

Penggambaran ‘Aidil & Atok’ ini hanya mengambil masa satu hari sahaja dan ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana sebelum ini juga bagi Kak Ogy pernah membuat penggambaran filem pendek ‘IQRA’ (BACALAH)’ juga mengambil masa satu hari.

“Kita sebagai pengarah dan penerbit, kita mesti tahu time management. Kita tidak boleh semata-mata jadi pengarah dan penerbit sekadar cakap ‘action’, ‘cut’ je, tak boleh,” jelas Kak Ogy.

Beliau akan sentiasa memastikan segala tugasan atau kerja-kerja ‘pre-production’ selesai seratus-peratus sebelum bertindak untuk pergi lokasi bagi memulakan penggambaran. Berikut adalah segala kaedah beliau belajar daripada Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.

Langsung tidak hiraukan status atau level pelakon melalui jumlah pengikut di media sosial, Kak Ogy memilih Zaidi Omar yang langsung tidak mempunyai akaun Facebook, Instagram atau apa-apa jenis platform media sosial untuk membintangi watak utama dalam filem pendek ini.

Jelas Kak Ogy, “Memang saya yang buat keputusan, saya memang nak Zaidi Omar untuk memegang watak ini. Dia memang seorang aktor yang saya kagumi. Memang mudah bekerjasama dengan  seseorang yang amat memahami kerja sebagai seorang aktor.” 

Filem pendek ‘Aidil & Atok’, kini boleh ditonton di Youtube channel “Fatija TV”. –The Merdeka Times

Author