Connect with us

Terkini

“Hukuman mati mandatori dan sebat mansuh pada 2023,” – Wan Junaidi

Hukuman mati mandatori dan sebat akan dimansuhkan di Malaysia menjelang tahun hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Hukuman mati mandatori dan sebat mansuh pada 2023,” - Wan Junaidi
Foto: Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sumber The Star.
  • Pindaan undang-undang akan dibentangkan di Parlimen 3 Oktober ini dan jika diluluskan, hakim akan diberikan budi bicara untuk menjatuhkan dua hukuman tersebut.” – Menteri Parlimen dan Undang-undang.
  • Pindaan hukuman mati mandatori meliputi pindaan 33 seksyen di bawah undang-undang dan melibatkan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan.
  • 11 kesalahan itu terbahagi kepada sembilan di bawah Kanun Keseksaan dan dua di bawah Akta Senjata Api (Penalti Bertambah).

KUALA LUMPUR – Hukuman mati mandatori dan sebat akan dimansuhkan di Malaysia menjelang tahun hadapan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Isnin.

Dalam satu temu bual bersama The Star, beliau mengatakan bahawa pindaan undang-undang akan dibentangkan di Parlimen pada 3 Oktober ini dan jika diluluskan, hakim akan diberikan budi bicara untuk menjatuhkan dua hukuman tersebut.

“Sekiranya semuanya berjalan lancar dan tiada gangguan pada sesi Belanjawan akan datang, kita tidak akan dikenakan hukuman mati mandatori pada 2023.

“Ini juga akan dikenakan kepada hukuman sebat kerana ia akan diserahkan kepada budi bicara hakim,” katanya. 

Jelas beliau, pindaan terhadap hukuman mati mandatori itu meliputi pindaan 33 seksyen di bawah undang-undang dan melibatkan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan.

11 kesalahan itu terbahagi kepada sembilan di bawah Kanun Keseksaan dan dua di bawah Akta Senjata Api (Penalti Bertambah).

Mengulas mengenai hukuman sebat, Wan Junaidi berkata pindaan yang dicadangkan itu tidak akan menghapuskan hukuman itu, tetapi sebaliknya sekali lagi memberi budi bicara kepada hakim sama ada untuk mengenakannya.

Sebelum ini cadangan itu dikemukakan berikutan beliau secara peribadi melihat hukuman sebat sebagai sangat kejam, ganas serta tidak berperikemanusiaan di mana beliau juga menambah kebanyakan pesalah mengalami luka terbuka dengan majoritinya pengsan selepas dikenakan tiga sebatan.

Tambahnya, dengan budi bicara diberikan, hakim boleh menimbang beratnya kemudaratan yang dilakukan oleh pesalah ke atas mangsa mereka sebelum sebarang hukuman dijatuhkan. 

Untuk rekod, setakat Jun lalu dilaporkan terdapat 1,342 kes banduan akhir yang menghadapi hukuman gantung.

Sumber : The Star

Author