Antarabangsa
“Hijab is No”, wanita berhijab tidak dibenarkan kerja di Korea Selatan
Seorang wanita muslim yang tinggal di Korea Selatan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon kerja susulan dia tidak dibenarkan mengenakan tudung ketika bertugas di tempat kerja.

- Seorang wanita berhijab di Korea Selatan berhadapan dengan kesukaran apabila dia tidak dapat bekerja kerana imejnya yang berhijab dan muslim.
- Individu yang dikenali sebagai Eina mendakwa bahawa dia tidak boleh kerja di kilang atau kedai makan dalam keadaan berhijab.
- Eina tidak memilih untuk tidak bekerja dengan syarikat terbabit malah tekad untuk terus memakai hijab walaupun berdepan dengan kesukaran.
KUALA LUMPUR – Seorang wanita muslim yang tinggal di Korea Selatan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon kerja susulan dia tidak dibenarkan mengenakan tudung ketika bertugas di tempat kerja.
Pendedahan itu dibuat di TikTok, bagi menjawab soalan netizen mengenai pengambilan kerja wanita berhijab di Korea, wanita yang dikenali sebagai Eina yang belajar di negara itu berkongsi kisahnya dalam mencari pekerjaan di sebuah kedai makan dan kilang.
Menurut perkongsian Eina, dia hadir bagi sesi temuduga bagi memohon pekerjaan di sebuah kilang namun ada syarat yang dikenakan sekiranya dia bekerja iaitu dia tidak boleh memakai hijab ketika memasuki kilang.
Manakala pengalaman yang kedua, Eina mendedahkan sewaktu dia ingin ditawarkan kerja separuh masa di kedai makan yang memerlukan dirinya membuat persediaan bahan makanan.
Bagaimanapun, setelah menghantar maklumat dirinya dan kad pengenalan diri (ID) kepada syarikat terbabit, syarikat tersebut bertanyakan kepada Eina sama ada dia seorang muslim atau tidak setelah melihat gambar yang tertera di kad pengenalan itu.
Setelah menjawab pertanyaan wakil syarikat itu, mereka memaklumkan bahawa hijab tidak boleh dipakai di dalam restoran.
Kedua-dua syarikat di Korea Selatan itu jelas menolak wanita berhijab bekerja.
Bagaimanapun, Eina memilih untuk tidak bekerja apabila berhadapan dengan situasi tersebut malah dia tekad untuk terus memakai hijab walaupun berdepan dengan kesukaran.
Hantaran video itu mendapat perhatian ramai yang memuji dan memberi semangat buat dirinya agar terus tetap dengan iman yang kuat walaupun mendepani cabaran sebagai wanita berhijab di Korea.
Sumber: TikTok
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah