Connect with us

Terkini

Esok, mungkin pasukan pembelaan Rosmah kemuka notis rayuan

Pasukan pembelaan akan mengemukakan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor dipenjara 10 tahun bagi setiap tiga tuduhan yang berjalan serentak dan denda RM970 juta.

Wartawan TMT

Published

on

Esok, mungkin pasukan pembelaan Rosmah kemuka notis rayuan
Foto: Jagjit Singh ketika sidang akhbar di lobi Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis, sumber Sinar Harian.
  • Ia melibatkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor dipenjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi setiap tiga tuduhan yang berjalan serentak.
  • Mereka ada 10 hari untuk merayu terhadap semua kes itu.
  • Rosmah dibebaskan dengan jaminan ditetapkan oleh mahkamah.
  • Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan hingga Rosmah mengemukakan rayuan.
  • Jika beliau gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan akan mengemukakan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor dipenjara 10 tahun bagi setiap tiga tuduhan yang berjalan serentak dan denda RM970 juta.

Peguam Datuk Jagjit Singh berkata, rayuan akan dibuat dalam masa terdekat dan mengikut masa ditetapkan mahkamah.

“Ya, saya akan mengemukakan notis rayuan. Kita buat rayuan ikut masa diberi (mahkamah), mungkin esok. Kita ada 10 hari untuk merayu terhadap semua kes itu.

“Rosmah dibebaskan dengan jaminan ditetapkan oleh mahkamah. Syukur kepada Tuhan, Rosmah boleh pulang ke rumah malam ini untuk bersama keluarga,” katanya pada sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan hingga Rosmah mengemukakan rayuan.

Jika beliau gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.

Berhubung dengan kegagalan pembelaan memohon supaya Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar kes itu, Jagjit berkata, pihaknya mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap perkara berkenaan mengikut Seksyen 3 Akta Kehakiman.

“Hari ini kita memohon supaya hakim menarik diri dan biar hakim lain dengar kes itu.  Namun, permohonan itu tidak dibenarkan dan hakim terus menjatuhkan hukuman terhadap Rosmah.

“Saya kena kembali baca buku undang-undang, adakah ia mengikut prosedur yang betul,” katanya.

Rosmah sebelum ini gagal dalam permohonan supaya Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar dan memberikan keputusan dalam kes rasuah yang dihadapinya membabitkan projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak.

Ketika menolak permohonan untuk menggugurkan dirinya daripada kes berkenaan, Mohamed Zaini berkata, draf penghakiman itu adalah pendapat daripada bahagian penyelidikan.

Mohamed Zaini berkata, dua dokumen yang kononnya draf penghakiman kes solar dihadapi Rosmah itu tidak disediakan untuknya atau diminta olehnya untuk disediakan.

Sumber : Sinar Harian

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending