Connect with us

Antarabangsa

Disindir kerana berhijab, wanita Muslim di Costco Michigan fail aduan hak sivil

Seorang wanita dari Nortville memfailkan aduan hak sivil di Jabatan Hak Sivil negeri dengan bantuan Liga Hak Sivil Arab Amerika, mendakwa beliau berdepan dengan diskriminasi ketika bekerja di gedung borong Costco di Livonia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Disindir kerana berhijab, wanita Muslim di Costco Michigan fail aduan hak sivil
Foto: Di luar bangunan Costco Wholesale.
  • Wafa Aziz, wanita muslim yang bekerja di gedung borong Costco, Livonia mendakwa terima layanan diskriminasi di tempat kerja susulan pegangan agama dan keturunannya. 
  • Dakwa pengurusnya menyindir cara dia berpakaian (bertudung/berhijab) dan menyebarkan khabar angin untuk menjatuhkan semangatnya dan menyebabkan kakitangan lain tidak mempercayainya.
  • Wafa memfailkan aduan hak sivil di Jabatan Hak Sivil negeri dengan bantuan Liga Hak Sivil Arab Amerika.
  • Beliau dan anak-anaknya terjejas “secara emosi, psikologi dan kewangan” akibat tindakan diskriminasi itu.

LIVONIA – Seorang wanita dari Nortville memfailkan aduan hak sivil di Jabatan Hak Sivil negeri dengan bantuan Liga Hak Sivil Arab Amerika, mendakwa beliau berdepan dengan diskriminasi ketika bekerja di gedung borong Costco di Livonia.

Wafa Aziz, 44, wanita Islam berketurunan Arab yang bertudung labuh dan memakai hijab mendakwa beliau dihina dan direndahkan kerana kepercayaan agama dan keturunannya sejak bekerja di gudang Costco pada 2018. 

Wafa berkata semasa bekerja di kedai Costco cawangan Haggerty, seorang pengurus menyindir beliau mungkin tidak boleh mendengar kerana memakai tudung/hijab, demikian laporan Detroit Free Press.

“Dia menghina hijab saya,” kata Wafa merujuk kepada tindakan pengurusnya dalam aduannya kepada jabatan hak sivil.

Wafa mendakwa pengurusnya berkata, “mungkin awak tidak dapat mendengar apabila mereka memberi awak arahan dengan perkara (hijab) itu di kepala atau mungkin awak tidak memahami tugasan”.

Beliau berkata pihak terbabit menyebarkan khabar angin untuk menjatuhkan semangatnya dan menyebabkan kakitangan lain tidak mempercayainya.

“Saya meminta mereka menyiasat secara persendirian, tetapi sebaliknya mereka menggunakan taktik yang sengaja melambatkan siasatan dalam 71 hari bekerja sambil mereka mencipta lebih banyak dakwaan palsu untuk menutup diskriminasi,” kata Wafa.

Wanita Islam itu juga mendakwa pengurus Costco cuba memaksanya berhenti bekerja tetapi sebagai ibu tunggal kepada dua anak, beliau tidak boleh berbuat demikian.

Wafa berkata beliau dan anak-anaknya terjejas “secara emosi, psikologi dan kewangan” akibat tindakan diskriminasi itu. 

Sumber: Detroit Free Press

Author