Connect with us

Terkini

“Bapa Puteri Balqis boleh didakwa atas tiga kesalahan,” – peguam

Bapa seorang pelakon remaja boleh didakwa atas perbuatannya melakukan gangguan seksual terhadap remaja tersebut dalam insiden yang dipercayai berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Bapa Puteri Balqis boleh didakwa atas tiga kesalahan,” - peguam
  • Gangguan seksual tersebut dipercayai berlaku kira-kira 10 tahun lalu.
  •  “Tiada had masa ditetapkan untuk pendakwaan sebarang kes jenayah,” – peguam
  • Bapanya boleh disiasat dan didakwa atas tiga kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
  • Kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) berkaitan peruntukan menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak bagi maksud seksual dan Seksyen 15 (c) iaitu melakukan aktiviti bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak.
  • Seksyen 15(e) akta peruntukkan kesalahan menyebabkan kanak-kanak memerhati apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual atau audio mengenai mana-mana orang lain melakukan aktiviti bersifat seksual.
  • Mangsa boleh buat laporan polis dan jika pihak polis buka kertas siasatan dan didapati memang ada kesalahan dilakukan, pendakwa raya boleh buat pertuduhan ke atas bapanya.

SHAH ALAM – Bapa seorang pelakon remaja boleh didakwa atas perbuatannya melakukan gangguan seksual terhadap remaja tersebut dalam insiden yang dipercayai berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

Peguam, Ng Xin Ru berkata, tiada had masa ditetapkan untuk pendakwaan terhadap sebarang kes jenayah.

Beliau berkata, berdasarkan pendedahan dibuat oleh pelakon remaja itu, bapanya boleh disiasat dan didakwa atas tiga kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Antaranya membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) berkaitan peruntukan menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak bagi maksud seksual dan Seksyen 15 (c) iaitu melakukan aktiviti bersifat seksual di hadapan seseorang kanak-kanak.

Menurut beliau, Seksyen 15(e) akta itu turut memperuntukkan kesalahan menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual atau audio mengenai mana-mana orang lain yang melakukan aktiviti bersifat seksual.

“Memang boleh didakwa untuk kes ini (bapa mangsa). Mangsa boleh buat laporan polis dan jika pihak polis buka kertas siasatan dan didapati memang ada kesalahan dilakukan, pendakwa raya boleh buat pertuduhan ke atas bapanya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Baru-baru ini, pelakon remaja berkenaan menerusi satu temu bual di akaun YouTube membuat pendedahan mengenai kisah silamnya yang berhadapan dengan beberapa gangguan seksual daripada bapa kandungannya.

Pelakon remaja itu mendakwa, ketika dia berumur lima tahun, bapanya bukan sahaja sering mencabulnya, malah turut melakukan onani di hadapannya dan mengajak untuk menonton video lucah bersama-sama.

Sumber : Sinar Harian

Author