Connect with us

Antarabangsa

100 pelajar jadi mangsa penderaan seksual paderi

Seorang bekas guru di Australia memohon maaf susulan dibebani rasa penyesalan kerana tidak menyuarakan kes penderaan seksual kanak-kanak membabitkan seorang paderi di sekolahnya sekitar tahun 1980-an. 

Wartawan TMT

Published

on

100 pelajar jadi mangsa penderaan seksual paderi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang bekas guru di Australia memohon maaf susulan dibebani rasa penyesalan kerana tidak menyuarakan kes penderaan seksual pelajarnya membabitkan seorang paderi di sekolahnya sekitar tahun 1980-an.
  • Dough McKirdy, yang juga bekas timbalan pengetua sekolah rendah CBC Fremantle pada 1982-1986, tampil ke depan susulan pendedahan bekas pelajarnya Travis Adams mengenai serangan seksual dilakukan paderi sekolah terbabit, Paderi Damian Barker  pada 1984 dan 1985.
  • Adams mendakwa dia dibawa ke sebuah kawasan yang boleh dikunci dan Damian akan melakukan serangan seksual terhadapnya beberapa kali sejak usia 11 tahun. 
  • Menurut seorang lagi mangsa, paderi itu dipercayai melakukan serangan seksual sekurang-kurangnya terhadap 100 kanak-kanak.

PERTH – Seorang bekas guru di Australia memohon maaf susulan dibebani rasa penyesalan kerana tidak menyuarakan kes penderaan seksual kanak-kanak membabitkan seorang paderi di sekolahnya sekitar tahun 1980-an. 

Pendedahan Dough McKirdy, yang juga timbalan pengetua sekolah rendah CBC Fremantle dari 1982 hingga 1986, dibuat susulan laporan ABC mengenai seorang bekas  pelajarnya Travis Adams yang mendakwa didera secara seksual oleh paderi sekolah terbabit, Paderi Damian Barker pada 1984 dan 1985.

Pendedahan Adams mengesahkan kerisauan McKirdy yang mengesyaki perbuatan Damian di sekolahnya sebelum ini. 

Adams mendakwa dia dibawa ke sebuah kawasan yang boleh dikunci dan Damian akan melakukan serangan seksual terhadapnya beberapa kali sejak usia 11 tahun. 

“Saya ingin memohon maaf kepada semua kanak-kanak itu, bukan hanya mereka yang didera tetapi semua kanak-kanak dan semua ibu bapa yang berada di sana,” kata McKirdy dipetik ABC.

McKirdy, 80, berkata dia tidak mempunyai bukti pada ketika itu bagi mendakwa paderi mendera kanak-kanak lelaki terbabit, namun rasa curiganya bertambah kuat apabila seorang bapa pelajar pernah memberi amaran akan menembak Damian jika dia menjejakkan kaki ke kawasan rumahnya.

Bagaimanapun, McKirdy ada memberi amaran kepada pengetua School’s Christian Brother Br Pat Kelly pada 1986 dan memaklumkan mengenai tingkah laku Damian yang mendekati kawasan tempat mandi kanak-kanak, sekali gus  menuntut paderi itu tidak menjejakkan kaki ke mana-mana sekolah serta mendapatkan sesi kaunseling untuknya. 

Advertisement

Seorang lagi mangsa dan pengkritik Br Kelly yang meninggal dunia pada 2016, Wade Jarvis mendakwa dia juga pernah didera secara seksual oleh Damian di sekolah sama pada 1980-an.

Jarvis adalah ketua pengawas di CBC Fremantle pada 1988 dan kemudiannya menjadi ahli lembaga sekolah lamanya itu.

“Jika anda melihat definisi serangan seksual, kejadian itu berleluasa pada tahun 80-an di sekolah itu dan paderi itu telah melakukan serangan seksual sekurang-kurangnya terhadap 100 kanak-kanak pada pandangan saya,” kata Jarvis. 

Sumber: ABC News

Author

Advertisement

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending