Antarabangsa
100 pelajar jadi mangsa penderaan seksual paderi
Seorang bekas guru di Australia memohon maaf susulan dibebani rasa penyesalan kerana tidak menyuarakan kes penderaan seksual kanak-kanak membabitkan seorang paderi di sekolahnya sekitar tahun 1980-an.
- Seorang bekas guru di Australia memohon maaf susulan dibebani rasa penyesalan kerana tidak menyuarakan kes penderaan seksual pelajarnya membabitkan seorang paderi di sekolahnya sekitar tahun 1980-an.
- Dough McKirdy, yang juga bekas timbalan pengetua sekolah rendah CBC Fremantle pada 1982-1986, tampil ke depan susulan pendedahan bekas pelajarnya Travis Adams mengenai serangan seksual dilakukan paderi sekolah terbabit, Paderi Damian Barker pada 1984 dan 1985.
- Adams mendakwa dia dibawa ke sebuah kawasan yang boleh dikunci dan Damian akan melakukan serangan seksual terhadapnya beberapa kali sejak usia 11 tahun.
- Menurut seorang lagi mangsa, paderi itu dipercayai melakukan serangan seksual sekurang-kurangnya terhadap 100 kanak-kanak.
PERTH – Seorang bekas guru di Australia memohon maaf susulan dibebani rasa penyesalan kerana tidak menyuarakan kes penderaan seksual kanak-kanak membabitkan seorang paderi di sekolahnya sekitar tahun 1980-an.
Pendedahan Dough McKirdy, yang juga timbalan pengetua sekolah rendah CBC Fremantle dari 1982 hingga 1986, dibuat susulan laporan ABC mengenai seorang bekas pelajarnya Travis Adams yang mendakwa didera secara seksual oleh paderi sekolah terbabit, Paderi Damian Barker pada 1984 dan 1985.
Pendedahan Adams mengesahkan kerisauan McKirdy yang mengesyaki perbuatan Damian di sekolahnya sebelum ini.
Adams mendakwa dia dibawa ke sebuah kawasan yang boleh dikunci dan Damian akan melakukan serangan seksual terhadapnya beberapa kali sejak usia 11 tahun.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua kanak-kanak itu, bukan hanya mereka yang didera tetapi semua kanak-kanak dan semua ibu bapa yang berada di sana,” kata McKirdy dipetik ABC.
McKirdy, 80, berkata dia tidak mempunyai bukti pada ketika itu bagi mendakwa paderi mendera kanak-kanak lelaki terbabit, namun rasa curiganya bertambah kuat apabila seorang bapa pelajar pernah memberi amaran akan menembak Damian jika dia menjejakkan kaki ke kawasan rumahnya.
Bagaimanapun, McKirdy ada memberi amaran kepada pengetua School’s Christian Brother Br Pat Kelly pada 1986 dan memaklumkan mengenai tingkah laku Damian yang mendekati kawasan tempat mandi kanak-kanak, sekali gus menuntut paderi itu tidak menjejakkan kaki ke mana-mana sekolah serta mendapatkan sesi kaunseling untuknya.
Seorang lagi mangsa dan pengkritik Br Kelly yang meninggal dunia pada 2016, Wade Jarvis mendakwa dia juga pernah didera secara seksual oleh Damian di sekolah sama pada 1980-an.
Jarvis adalah ketua pengawas di CBC Fremantle pada 1988 dan kemudiannya menjadi ahli lembaga sekolah lamanya itu.
“Jika anda melihat definisi serangan seksual, kejadian itu berleluasa pada tahun 80-an di sekolah itu dan paderi itu telah melakukan serangan seksual sekurang-kurangnya terhadap 100 kanak-kanak pada pandangan saya,” kata Jarvis.
Sumber: ABC News