Connect with us

Terkini

[VIDEO] Lelaki kurang siuman laung azan di tokong Cina semasa sambutan Perayaan Hantu Lapar Cina

Polis mengesahkan menerima laporan kes tular seorang lelaki yang melaungkan azan didakwa mempunyai masalah mental dan kurang siuman  di hadapan patung dalam sebuah tokong Cina di Bukit Mertajam di sini semalam.

Wartawan TMT

Published

on

lelaki laung azan di tokong cina
Foto: Lelaki laung azan di hadapan patung dalam sebuah tokong Cina.
  • Polis sahkan terima laporan kes tular seorang lelaki didakwa mempunyai masalah mental dan kurang siuman melaungkan azan di hadapan patung dalam sebuah tokong Cina di Bukit Mertajam semalam.
  • Hasil siasatan polis mendapati suspek seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an dan tinggal di Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam.
  • Kejadian disyaki berlaku antara 26 hingga 27 Julai lalu di sebuah premis Pertubuhan Yulan Bukit Mertajam sempena festival sambutan Perayaan Hantu Lapar yang disambut Julai setiap tahun.
  • Pihak polis menasihati orang ramai tidak menularkan apa-apa perbuatan menyentuh sensitiviti dan memecah belahkan antara kaum serta agama dalam masyarakat di negara ini.
  • Video tular lelaki berkopiah putih berdurasi 58 saat itu telah dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook ‘Akademi Penyelidikan Agama Dunia’.

SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan menerima laporan kes tular seorang lelaki yang melaungkan azan didakwa mempunyai masalah mental dan kurang siuman  di hadapan patung dalam sebuah tokong Cina di Bukit Mertajam di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, terkesan satu video berdurasi 58 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook ‘Akademi Penyelidikan Agama Dunia’ kira-kira pukul 2.30 petang, lapor Kosmo.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dan tinggal di Jalan Kilang Ubi, Bukit Mertajam.

“Kejadian ini disyaki berlaku antara 26 hingga 27 Julai lalu di sebuah premis Pertubuhan Yulan Bukit Mertajam sempena festival sambutan Perayaan Hantu Lapar yang disambut Julai setiap tahun.

“Hasil keterangan saksi-saksi mengesahkan suspek seorang yang mempunyai masalah mental dan kurang siuman. Ini adalah kejadian kedua yang dilakukannya dan pertama pada tahun 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini lewat malam tadi.

Cheng San memberitahu lagi, masyarakat sekitar kawasan berkenaan kebanyakannya sudah mengenali suspek terbabit.

Justeru tambahnya, pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak menularkan apa-apa perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti dan memecah belahkan antara kaum serta agama dalam masyarakat di negara ini.

Advertisement

Terdahulu, video tular lelaki yang berkopiah putih tersebut telah mendapat 1,200 tontonan, 34 tanda suka dan 13 perkongsian setakat pagi ini. 

SUMBER : Kosmo! Online

 

 

Advertisement

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending