Connect with us

Antarabangsa

Ubah demografi Kashmir, India benarkan ‘penduduk luar’ mengundi di wilayah pertikaian itu

Keputusan India memberikan hak mengundi kepada warganegara India yang tinggal sementara di Kashmir mencetuskan ketakutan dan kemarahan di mana tindakan itu dilihat sebagai cubaan kerajaan nasionalis Hindu mengubah demografi satu-satunya wilayah majoriti Muslim. 

Wartawan TMT

Published

on

Ubah demografi Kashmir, India benarkan 'penduduk luar' mengundi di wilayah pertikaian itu
Foto: Sumber Mukesh Gupta/Reuters.
  • India beri hak mengundi kepada rakyatnya yang tinggal sementara di wilayah pertikaian Kashmir dalam usaha kerajaan nasionalis Hindu mengubah demografi satu-satunya wilayah majoriti muslim di India.
  • Dijangka peningkatan 30 peratus iaitu kira-kira 2.5 juta lagi pengundi baharu di Kashmir.
  • Tindakan itu mencetuskan ketakutan dan kemarahan penduduk Muslim di wilayah terbabit.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi melucutkan status autonomi wilayah itu pada Ogos 2019 dengan memansuhkan Perkara 370 Perlembagaan India sebelum bermulanya siri undang-undang dan tindakan kerajaan nasionalis Hindu menghapuskan gerakan popular menuntut kemerdekaan Kashmir atau penggabungan dengan Pakistan.

INDIA – Keputusan India memberikan hak mengundi kepada warganegara India yang tinggal sementara di Kashmir mencetuskan ketakutan dan kemarahan di mana tindakan itu dilihat sebagai cubaan kerajaan nasionalis Hindu mengubah demografi satu-satunya wilayah majoriti Muslim. 

Keputusan itu diumumkan Rabu lalu oleh pegawai pilihan raya dan dijangka menyaksikan pertambahan 2.5 juta pengundi daripada 7.6 juta pengundi sedia ada iaitu peningkatan 30 peratus jumlah pengundi di Kashmir. 

Pengundi baharu itu, termasuk warga India yang menetap sementara di wilayah itu seperti anggota tentera, kakitangan kerajaan dan swasta serta pekerja asing.

“Mereka yang sebelum ini tidak disenaraikan sebagai pengundi, layak mengundi selepas pemansuhan Perkara 370 (Perlembagaan India),” kata Hirdesh Kumar dipetik AlJazeera menjelaskan peruntukan People Act, undang-undang berkaitan pengendalian pilihan raya di India, juga terpakai di wilayah itu.

Sehingga Ogos 2019, hak mengundi di wilayah Kashmir ditadbir India, dihadkan kepada penduduk tetapnya sahaja dan dijamin di bawah Perkara 370 Perlembagaan India, yang memberi wilayah pertikaian itu yang turut dituntut Pakistan, kuasa autonomi terhad.

Undang-undang autonomi terbabit melarang penduduk India dari luar wilayah pertikaian itu daripada menetap secara tetap, membeli tanah dan memegang jawatan kerajaan tempatan.

Pada 5 Ogos tahun sama, Perdana Menteri India Narendra Modi yang memenangi pilihan raya umum negara itu, bagaimanapun bertindak secara unilateral memansuhkan undang-undang yang sudah berpuluh-puluh tahun dikuatkuasakan itu dan membahagikan Kashmir kepada dua wilayah dikawal persekutuan: Jammu dan Kashmir, dan Ladakh. 

Advertisement

Ia hanyalah permulaan kepada siri undang-undang dan langkah kerajaan menghancurkan gerakan popular bagi menuntut sebuah negara merdeka atau penggabungan dengan Pakistan, kata penduduk tempatan.

Warga Kashmir dilaporkan berkata pemansuhan Perkara 370 Perlembagaan India dan langkah undang-undang susulan bertujuan untuk mengubah demografi di wilayah pertikaian terbabit.

Kerajaan India juga memperkenalkan undang-undang domisil (penetapan) kontroversi yang memberikan hak kewarganegaraan kepada warga India yang tinggal di wilayah itu lebih daripada 15 tahun. Undang-undang baharu itu turut melayakkan warga India mendapat kebenaran membeli tanah di wilayah terbabit.

Sumber: Al Jazeera

Author

Advertisement

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending