Connect with us

Terkini

Tiada lagi pembekuan pengambilan pekerja warga asing – Menteri Sumber Manusia

Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat ini, selepas mengambil kira permintaan pihak industri walaupun sebelum ini ia telah diputuskan untuk dihentikan buat sementara,  kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada lagi pembekuan pengambilan pekerja warga asing
Foto: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.
  • “Saya telah putuskan untuk luluskan (permintaan industri), jadi tiada pembekuan lagi… kita terima proses permohonan baharu mulai Jumaat.” – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan
  • “Kita juga bersetuju agar semua permohonan yang diterima berhubung pengambilan 400,000 pekerja asing sebelum ini diteruskan sebelum hujung bulan.” 
  • Bagi memahami isu pekerja asing lebih baik, pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas membabitkan 15 ahli daripada industri dan lima wakil Kementerian Sumber Manusia.
  • “Jawatankuasa ini akan mengadakan perbincangan segera apabila perlu, sebab kita perlu membantu mereka (industri) untuk pulihkan ekonomi. Hari ini, kita telah lihat kadar pengangguran dah mulai turun dan merupakan satu perkara yang baik. Oleh itu, kalau kita bantu pihak industri, mungkin kita akan dapat atasinya dengan lebih baik.”

KUALA LUMPUR: Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat ini, selepas mengambil kira permintaan pihak industri walaupun sebelum ini ia telah diputuskan untuk dihentikan buat sementara,  kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, “Saya telah putuskan untuk luluskan (permintaan industri), jadi tiada pembekuan lagi.. kita terima proses permohonan baharu mulai Jumaat.

“Kita juga bersetuju agar semua permohonan yang diterima berhubung pengambilan 400,000 pekerja asing sebelum ini diteruskan sebelum hujung bulan,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama persatuan perniagaan di Wisma HRD Corp di sini pada Selasa.

Saravanan berkata bagi memahami isu pekerja asing dengan lebih baik, pihaknya juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas membabitkan 15 ahli daripada industri dan lima wakil Kementerian Sumber Manusia.

“Jawatankuasa ini akan mengadakan perbincangan segera apabila perlu, sebab kita perlu membantu mereka (industri) untuk pulihkan ekonomi.

“Hari ini, kita telah lihat kadar pengangguran dah mulai turun dan merupakan satu perkara yang baik. Oleh itu, kalau kita bantu pihak industri, mungkin kita akan dapat atasinya dengan lebih baik,” katanya.

Mengenai permintaan pihak industri untuk menangguhkan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam, Saravanan berkata ia perlu dibincangkan bersama Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kabinet.

“Ada dua jenis maklum balas diterima berhubung pindaan ini iaitu dari sudut pandangan pekerja, mereka minta kita (KSM) mempercepat implementasi untuk 15 juta pekerja.

“Apabila kita bincang dengan pihak industri pula, mereka minta kita tangguhkan kerana mereka baru pulih daripada kelembapan ekonomi. Saya faham permintaan kedua-dua pihak maka kita akan bincang, buat sesuatu (keputusan) yang terbaik,” katanya.

Pindaan ke atas Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam itu akan berkuat kuasa pada 1 Sept ini.

Di bawah peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik COVID-19.

Pindaan itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja dan memberi kelonggaran dalam waktu kerja selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Sumber : Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending