Terkini
400,000 pekerja asing sudah dibawa masuk ke Malaysia
Seramai 400,000 pekerja asing sudah dibawa masuk ke negara ini setakat ini terutama bagi mengisi pekerjaan di lima sektor utama iaitu pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.

- Seramai 400,000 pekerja asing sudah dibawa masuk ke negara ini setakat ini terutama bagi mengisi pekerjaan di lima sektor utama iaitu pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia adalah hasil dua dasar sebelum ini iaitu kelonggaran bagi kelulusan pekerja asing dan program rekalibrasi awal dilaksana awal tahun ini.
- “Bagi kedua-dua dasar ini kita sudah membawa masuk 400,000 pekerja bagi kelima-lima sektor itu, kita perlu mengisi sekitar 100,000 pekerja lagi.
- “Kalau lihat daripada jumlah kuota diluluskan dan rekalibrasi yang sudah daftar, kita yakin boleh penuhi keperluan tenaga kerja ini, walaupun tidak mencapai sasaran suku pertama, mungkin akan berlaku pada suku kedua,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing ke-8 di sini hari ini.
Putrajaya: Seramai 400,000 pekerja asing sudah dibawa masuk ke negara ini setakat ini terutama bagi mengisi pekerjaan di lima sektor utama iaitu pembinaan, pembuatan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia adalah hasil dua dasar sebelum ini iaitu kelonggaran bagi kelulusan pekerja asing dan program rekalibrasi awal dilaksana awal tahun ini.
“Bagi kedua-dua dasar ini kita sudah membawa masuk 400,000 pekerja bagi kelima-lima sektor itu, kita perlu mengisi sekitar 100,000 pekerja lagi.
“Kalau lihat daripada jumlah kuota diluluskan dan rekalibrasi yang sudah daftar, kita yakin boleh penuhi keperluan tenaga kerja ini, walaupun tidak mencapai sasaran suku pertama, mungkin akan berlaku pada suku kedua,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing ke-8 di sini hari ini.
Mesyuarat turut dihadiri Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.
Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) sudah meluluskan kuota pekerja asing seramai 1.136 juta pekerja setakat bulan ini bagi semua sektor terutama lima sektor kritikal.
“Malah program Rekalibrasi 2.0 dilaksana KDN juga membabitkan 680,000 pekerja, menjadikan keseluruhan sebanyak 1.8 juta pekerja.
“Yang kita hendak ialah 518,000 bagi suku pertama tahun ini, jadi defisit itu (100,000 pekerja) berlaku kerana majikan mengambil masa untuk membawa masuk pekerja kerana masalah modal.
“Selain itu karenah birokrasi di negara sumber, jadi kekurangan ini bukan masalah di pihak kerajaan kita kerana dasar sudah kita permudahkan,” katanya.
Menyentuh hasil mesyuarat berkenaan, Saifuddin berkata, satu kertas bersama membabitkan syor penambahbaikan isu pekerja asing akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi.
Katanya, ia termasuk lapan syor utama dikemukakan Jawatankuasa Bebas mengenai Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Datuk Seri Hishamuddin Yunus yang ditubuhkan semasa pentadbiran kali pertama Pakatan Harapan sebelum ini.
“Lapan syor itu ialah polisi nasional mengenai pengurusan pekerja asing terutama dasar pengambilan pekerja asing, dasar penggajian pekerja, dasar penghantaran pulang.
“Pemutihan pekerja asing tanpa dokumen, penduduk tanpa negara dan isu pelarian.
“Hak untuk mendapatkan keadilan, ini soal mekanisme aduan pekerja asing yang memudahkan mereka diberi akses apabila hendak buat aduan pelanggaran hak, serta syor supaya laporan ini juga dibuka kepada umum,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas
-
Terkini2 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor