Terkini
‘Perjuangkan kemerdekaan, bukan sanjung pemimpin!’ – Ibu Zain, tegur ahli UMNO
Itu bait-bait kata ingatan seorang tokoh saat pincangnya UMNO ketika diuji dengan isu-isu tuntutan kemerdekaan.

Itu bait-bait kata ingatan seorang tokoh saat pincangnya UMNO ketika diuji dengan isu-isu tuntutan kemerdekaan.
Kecelaruan mula melanda UMNO pada 15 Julai 1950, orang ramai dilihat memakai lencana UMNO secara terbalik dan juga mengibarkan bendera terbalik di samping memegang sepanduk bertulis `Datuk Onn Berhenti – UMNO mati’. Himpunan tersebut dibuat bagi membantah peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai Yang Di Pertua UMNO.
Pemimpin itu bertindak sedemikian kerana beliau kecewa bila cadangannya ingin memberi kerakyatan pada orang bukan Melayu dibantah oleh ahli-ahli UMNO.
Tan Sri Hajah Zainun Sulaiman atau Ibu Zain ketika itu berperanan sebagai Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO berkali-kali meyakinkan ahli UMNO dalam perhimpunan itu bahawa perjuangan UMNO adalah kerana kemerdekaan negara dan bukannya untuk menyanjung pemimpin UMNO.
Beliau bersikap tegas dalam memperbetulkan perjuangan masyarakat ketika itu yang hampir tersasar apabila sebahagiannya mulai terlalu menyanjung pemimpin UMNO hingga lupa akan perjuangan mereka yang sebetulnya iaitu menuntut kemerdekaan negara.
Tegas beliau, sesiapapun yang dilantik sebagai pemimpin UMNO, perjuangan menuntut kemerdekaan mesti diteruskan. Kemudiannya, Datuk Onn telah menarik semula peletakan jawatannya dan memimpin parti itu sehingga matlamatnya tercapai.
Kejadian ini membuatkan ramai tokoh di saat itu mula mengagumi pemikiran dan ketegasan Ibu Zain.
Pernah dalam satu persidangan parlimen, beliau menyokong pihak pembangkang Dato Asri agar menambahkan perkhidmatan doktor di Kelantan, kerana beliau sendiri pernah melawat negeri itu dan melihat keadaan di mana kanak-kanak di sana kurang diberi rawatan. Sekalipun sokongan beliau menerima tepukan gemuruh daripada pihak pembangkang namun beliau dikecam hebat oleh ahli UMNO.
Dalam satu peristiwa lain, Ibu Zain menyokong penuh usul PAS agar diharamkan hidangan arak kepada ahli-ahli parlimen yang beragama Islam. Walaupun ahli-ahli UMNO lain marah kepada beliau, tetapi usul itu tetap diterima oleh Tunku Abdul Rahman.
Pendirian Ibu Zain yang tidak takut memperjuangkan kebenaran menyebabkan beliau dihormati oleh rakan-rakan seperjuangan dan parti lawan.
Beliau bukanlah sekadar pemimpin politik yang mengeluarkan manifesto kosong sebaliknya kelantangan beliau menentang dan bersemangat tinggi dalam menghalau penjajah melayakkan beliau memegang gelaran wanita pejuang kemerdekaan.
Walaupun sibuk dengan tugas hakiki sebagai guru, namun cita-citanya untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah sentiasa subur sehinggakan beliau masih bersemangat menyertai askar wataniah pada usia 60 tahun.
Di usia sebegitu, mungkin majoritinya sudah mulai ‘cuci tangan’ daripada sebarang hal sedemikian namun wanita waja ini tidak kenal erti lelah, apabila ketika itu, sedang hangat berlakunya Konfrontasi Malaysia – Indonesia beliau terus teguh menyertai pasukan askar wataniah secara sukarela dan menjalani latihan di Kem Majidee Johor Bahru.
Di atas jasa dan sumbangan beliau yang tidak terbalas itu, beliau telah diberikan beberapa penghormatan dari dalam dan luar negara.
Antaranya Pingat Sultan Ibrahim (1947), anugerah Johan Mangku Negara (1958), pingat Lady of Myanmar dari Kerajaan Myanmar dan pingat Tun Fatimah (1974), Tokoh Guru Kebangsaan Pertama dan Ijazah Kehormat Sarjana Muda Sastera Universiti Malaya, Ijazah Kehormat Sarjana Sastera, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975), anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri (1979) dan MPSI memberi anugerah Suluh Budiman (1980).
Keluarga
Berbeza dengan kaum wanita yang sezaman dengannya, beliau lewat mendirikan rumah tangga. Ibu Zain berkahwin dengan Encik Haji Amin bin Ahmad pada tahun 1934 pada usia 31 tahun. Hasil perkongsian hidup, mereka dianugerahkan tiga cahaya mata. Khalidah Adibah adalah yang paling menonjol. Beliau lebih dikenali dengan nama penanya, Adibah Amin.
Sebagai insan bergelar ibu, beliau membesarkan anak-anaknya dengan pendirian bahawa pendidikan adalah perkara yang ulung bagi seseorang. Pelajaran dan pendidikan merupakan darah daging buat tokoh pendidikan ini hingga setiap usahanya tertumpu kepadanya.
Menerusi latar belakang itu, anak-anaknya dididik dan diasuh untuk mengutamakan pelajaran dunia dan akhirat. Bahkan, anak-anaknya berjaya menjadi kanak-kanak yang paling pintar dan cerdik pada masa sekolah sehinggalah ke peringkat universiti serta kesemuanya mencapai kejayaan. Mereka bukan sahaja menguasai bidang bahasa, persuratan dan penulisan yang di mana dapat disaksikan bahawa Ibu Zain mampu berbangga dengan anugerah tersebut.
Perginya negarawati
Perjuangan Ibu Zain terhenti apabila negarawati ini meninggal dunia pada 2 April 1989 akibat menghidap barah dalam perut.
“Agama dididik, moden dibela. Dunia dikelek, akhirat ditatang.”
Demikian kata-kata keramat yang ditinggalkan oleh Allahyarhamah Tan Sri Hajah Zainun Sulaiman atau Ibu Zain untuk generasi kini. – The Merdeka Times
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah