Terkini
Muslim terlibat perkhidmatan arak : “Perlu sedia jalan keluar buat mereka,” – CEO YADIM
Isu penglibatan pekerja muslim dalam perkhidmatan minuman keras perlu diselesaikan secara lebih progresif dan holistik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
- “Isu penglibatan pekerja muslim dalam perkhidmatan minuman keras perlu diselesaikan secara lebih progresif dan holistik,” – CEO YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
- Ia berikutan isu terbabit masih tiada lagi satu solusi yang dinamik dan jelas pada masa ini sekalipun permasalahan terkait sudah berbangkit sekian lama.
- “Kita tidak melihat secara menyeluruh dari peluang pekerjaan contohnya, penggantian kepada pekerjaan tersebut kemudian pelan menyelamatkan anak-anak kita ini dan pelan pendidikan.”
- “Apakah solusinya bagi pihak kerajaan terutama pihak berkuasa agama yang ada khususnya di negeri-negeri mempunyai description yang jelas terhadap fungsi di situ untuk menyediakan jalan keluar kepada anak-anak umat Islam ini?”
- Lebih mustahak juga adalah ketika ini kita memerlukan jumlah sebenar bilangan anak-anak muda Islam yang terlibat dalam persektoran pekerjaan sedemikian sebelum sebarang tindakan diambil.
- Beliau menggesa tindakan lebih informatif dan constructive dilaksanakan dalam menyediakan jalan keluar terutama tentang bagaimanakah langkah yang wajar diambil untuk menghadapi respon industri dan sebagainya.
- Beliau mencadangkan agar kempen kesedaran tentang permasalah ini tidak diberikan sepihak sebaliknya juga kepada pihak perniagaan.
KUALA LUMPUR – Isu penglibatan pekerja muslim dalam perkhidmatan minuman keras perlu diselesaikan secara lebih progresif dan holistik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
Menurutnya, ia berikutan isu terbabit masih tiada lagi satu solusi yang dinamik dan jelas pada masa ini sekalipun permasalahan terkait sudah berbangkit sekian lama.
“Kita tidak melihat secara menyeluruh dari peluang pekerjaan contohnya, penggantian kepada pekerjaan tersebut kemudian pelan menyelamatkan anak-anak kita ini dan pelan pendidikan,
“Saya rasa kerajaan perlu lihat lebih serius kalau tidak kita akan terperangkap dalam isu yang sama dan solusinya dicadangkan pun akan lebih kurang perkara yang sama sahaja sejak puluhan tahun so alhamdulillah lah para mufti ini membangkitkan ianya kembali,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Selasa.
Tambahnya, Islam merupakan agama yang menyediakan solusi dan sebagai agama ia tidak boleh mengulang-ulang hukumnya sedangkan penyelesaian tidak disediakan untuk umatnya.
“Kalau kita bertanya kepada anak muda Islam yang berkerja dalam bidang ini pasti mereka akan katakan bahawa mereka ingin mencari mata pencarian.
Jadi apakah solusinya bagi pihak kerajaan terutama pihak berkuasa agama yang ada khususnya di negeri-negeri mempunyai description yang jelas terhadap fungsi di situ untuk menyediakan jalan keluar kepada anak-anak umat Islam ini?”
Beliau berkata, yang lebih mustahak juga adalah ketika ini kita memerlukan jumlah sebenar bilangan anak-anak muda Islam yang terlibat dalam persektoran pekerjaan sedemikian sebelum sebarang tindakan diambil.
Menurutnya, tanpa angka sebenar atau anggaran angka yang boleh berikan gambaran, ini akan menyebabkan berlaku kesukaran untuk merangka polisi, intervention ataupun inisiatif-inisiatif yang kena pada sasaran.
Tambahnya, “Kalau tidak orang akan panggil another level of season lagilah maksudnya time orang bekerja semua orang akan bagi ulasan haram perlu ada polisi dan sebagainya tapi langkah constructive itu tiada.”
Justeru beliau berkata kita sudah mencapai ditahap yang mana perlu bercakap berlandaskan data dan fakta juga perlu melihat perkara ini secara menyeluruh dari segi social welfare, dari segi safetynet dan sudut industri itu sendiri.
Beliau menggesa tindakan yang lebih informatif dan constructive dilaksanakan dalam menyediakan jalan keluar terutama tentang bagaimanakah langkah yang wajar diambil untuk menghadapi respon industri dan sebagainya.
Mengulas lanjut, beliau menjadikan pembentangan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 iaitu usaha melahirkan generasi bebas merokok daripada generasi 2007 sebagai contoh di mana terdapat pihak yang mencuba untuk mempertahankan industri yang bernilai +bilion tersebut bahkan pihak penggubal undang-undang juga menyatakan bantahan di Parlimen.
Senario ini katanya, dilihat akan berulang jika kita berterusan bercakap tentang satu penghuraian hukum ataupun bercita-cita untuk melahirkan polisi tanpa melihat kesan isu terkait secara lebih holistik.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kempen kesedaran tentang permasalah ini tidak diberikan sepihak sebaliknya juga kepada pihak perniagaan seperti syarikat swasta yang terlibat contohnya kedai serbaneka yang terkenal serve arak ataupun jual arak di sekitar Lembah Klang tapi apabila di Pantai Timur tidak menjual minuman tersebut namun bisnes kedai tersebut masih juga boleh meraih keuntungan.
Bagaimanapun katanya, wujud juga bisnes tersebut di Lembah Klang yang tidak membenarkan penjualan arak kerana masyarakat di situ memiliki sensitiviti yang tinggi.
Katanya, merujuk kepada negara luar pula yang majoritinya umat Islam tentang cara mereka mengurus premis terkait industri arak adalah mereka dilarang menjual arak atau melibatkan pekerja muslim melainkan premis tersebut terkait dengan hotel, club dan sebagainya.
“Perkara ini bukanlah satu idealistik sangat sebaliknya ianya telah diamalkan negara maju seperti Dubai, UAE, Qatar yang kita kata progresif dan boleh diamalkan di sini,” katanya yang turut mengharapkan agar individu itu sendiri juga ada rasa tanggungjawab dan kesedaran tentang pengharaman ini kerana tindakan tersebut ia lebih berkesan untuk menangani permasalahan terbabit. – The Merdeka Times