Antarabangsa
Jenayah kebencian anti-Muslim meningkat, Islamofobia makin membimbangkan di Austria
Austria sememangnya terkenal dengan seni binanya yang menakjubkan dan warisan artistik, tempat kelahiran komposer-komposer Jerman yang hebat seperti Mozart dan Beethoven.
- Sikap tidak bertoleransi terhadap minoriti Muslim di Austria dilaporkan semakin teruk.
- Menurut data diterbitkan pada Jun 2022, lebih 1000 insiden Islamofobia dilaporkan pada tahun lalu.
- Kajian berkenaan jenayah kebencian anti-Muslim di Austria mendapati majoriti serangan membabitkan lelaki ke atas wanita dengan 69 peratus mangsa serangan adalah wanita, majoritinya memakai hijab.
- Dipercayai berpunca daripada tindakan kerajaan memperkenalkan “Peta Islam,” yang menunjukkan lokasi-lokasi masjid di seluruh Austria. Pengkritik percaya tindakan itu disengajakan bagi memudahkan penularan jenayah kebencian.
Austria sememangnya terkenal dengan seni binanya yang menakjubkan dan warisan artistik, tempat kelahiran komposer-komposer Jerman yang hebat seperti Mozart dan Beethoven.
Malangnya, Austria kini mencipta rekod baharu iaitu sikap tidak bertoleransi kian meningkat terhadap minoriti Muslimnya, demikian lapor Press TV.
Menurut data diterbitkan pada Jun 2022, lebih 1000 insiden Islamofobia dilaporkan pada tahun lalu dan ia dilaporkan terus meningkat dari tahun ke tahun.
Kajian berkenaan jenayah kebencian anti-Muslim di Austria mendapati majoriti serangan membabitkan lelaki ke atas wanita dengan 69 peratus mangsa serangan adalah wanita, majoritinya memakai hijab. Bagaimanapun, serangan anti-Muslim ini bukan hanya berlaku di jalanan.
Peningkatan mendadak pada 2021 dipercayai berpunca daripada tindakan kerajaan memperkenalkan “Peta Islam,” diperkenalkan pihak berkuasa bagi menunjukkan lokasi-lokasi masjid di seluruh Austria. Pengkritik percaya tindakan itu disengajakan bagi memudahkan penularan jenayah kebencian.
Pihak berkuasa Austria melancarkan Operasi Luxor pada November 2020 yang menyaksikan rumah-rumah dan pejabat-pejabat badan amal dan aktivis Muslim diserbu atas sandaran perang terhadap “politik Islam”.
Menurut pengkritik, kesemua usaha itu hanya berjaya merendahkan umat Islam dan meningkatkan lagi ketakutan umum terhadap Islam. Ketakutan ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi kebencian.
Sumber: PressTV