Terkini
Eksekutif swasta disepak terajang isteri ‘gengster’
“Jiwa saya cukup terseksa kerana isteri sangat ‘gengster’ hinggakan sepak terajangnya ibarat dah jadi ‘makanan’ buat saya.”
- Seorang eksekutif syarikat swasta mendakwa menjadi mangsa penderaan isteri sejak empat tahun lalu.
- Pada awal perkahwinan, mereka bahagia namun sikap si isteri berubah apabila semakin panas baran tidak bertempat.
- Keadaan semakin buruk apabila isteri berani belasah dan sepak terajang mangsa setiap kali bertengkar.
- Mangsa tak melawan sebab isteri ugut akan bunuh diri.
SHAH ALAM – “Jiwa saya cukup terseksa kerana isteri sangat ‘gengster’ hinggakan sepak terajangnya ibarat dah jadi ‘makanan’ buat saya.”
Itu luahan hati seorang eksekutif sebuah syarikat swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 37, menjadi mangsa si isteri sejak empat tahun lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Salman berkata, pada awal perkahwinan, mereka bahagia namun tidak menyangka sikap si isteri yang berusia 34 tahun, kemudian berubah apabila semakin panas baran tidak bertempat.
“Keadaan semakin buruk apabila dia berani belasah dan sepak terajang saya setiap kali kami bertengkar.
“Namun, saya tak melawan sebab dia ugut akan bunuh diri,” katanya.
Salman juga mengesyaki isterinya menghidap bipolar yang agak serius.
Kes yang dialami Salman dilaporkan kepada Persatuan Hak Bapa Malaysia pada tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian