Connect with us

Terkini

“Assalamualaikum YB KJ. Ingat senang nak buat RUU Tembakau?” tempelak Datuk Jamal Abdillah

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah menyuarakan sokongan ke atas usaha Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok.

Wartawan TMT

Published

on

jamal abdillah
  • Datuk Jamal Abdillah menyokong usaha Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin perkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 demi melahirkan generasi muda bebas merokok.
  • Undang-undang itu sepatutnya telah lama dilaksanakan agar anak muda dahulu tidak terjebak dengan tabiat merokok sama sepertinya yang sudah berusia 64 tahun.
  • Jamal turut berharap kerajaan gubal RUU arak selepas RUU rokok dikuatkuasakan.

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah menyuarakan sokongan ke atas usaha Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok.

Menerusi laman Instagram, penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu memuat naik video bersama tiga cahaya matanya yang masih kecil sambil menyuarakan pendapat.

“Hello, Assalamualaikum YB KJ. Ingat senang nak buat RUU Tembakau?

“Sudah beribu orang hisap rokok, sudah beribu tahun. Tengok anak-anak saya ini. 

“Kalau dari dulu lagi Kerajaan Malaysia sudah buat, tak adalah saya hisap rokok.

“Ini, sudah 64 tahun saya hisap rokok, dada bersarang dah,” katanya dalam video berkenaan.

Namun, di sebalik kelantangannya, bapa kepada lima cahaya mata itu tetap menyokong usaha Khairy.

“Tapi, YB KJ, saya rasa kamu berani untuk bawa RUU Tembakau demi masa depan anak-anak muda. 

“Saya sokong seratus peratus kerana cuba bawa isu ini ke Parlimen. Kalau boleh diluluskan, Alhamdulillah.

“Tengoklah, kasihan mereka, semuanya masih kecil-kecil lagi. Kalaulah daripada dulu, tak adalah saya hisap rokok. 

“Lepas ini, jangan lupa RUU arak pula. Okay YB KJ, i love you, saya salute awak,” katanya pada Rabu memetik Berita Harian.

Ini rentetan Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan kempen kesedaran besar-besaran dan bersetuju membuat empat pindaan ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, termasuk mengurangkan kadar denda am.

RUU bakal memperkenalkan inisiatif generasi penamat (GEG) melalui penguatkuasaan larangan merokok ke atas individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya.

Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.

RUU yang masih di peringkat bacaan kali kedua itu, diluluskan sebulat suara, selepas perbahasan membabitkan 12 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, digulung Khairy.

Khairy ketika mengemukakan usul merujuk RUU berkenaan ke Jawatankuasa Pilihan Khas berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 54(2) bagi membolehkan jawatankuasa terbabit membuat syor mengenai beberapa perkara.

Ia membabitkan penelitian ‘Bahagian IX – Penguatkuasaan’ dalam RUU dan mencadangkan apa-apa penambahbaikan jika perlu, tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa.

Selain itu, antara lain mengetengahkan larangan merokok apa-apa produk tembakau atau pengganti tembakau serta larangan penggunaan peranti merokok, oleh mana-mana individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya serta bagi perkara berkaitan.

RUU itu juga menggariskan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.

Pindaan ke atas RUU juga diyakini dapat mengurangkan peratus perokok di Malaysia kepada kurang lima peratus menjelang 2040 berbanding kira-kira 21 peratus ketika ini.

Dalam laporan sebelum ini, Khairy berkata, jika sasaran lima peratus tidak dicapai dalam tempoh itu, negara akan kehilangan dua juta nyawa akibat merokok, termasuk perokok pasif.

Menurut rekod Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), tabiat merokok membunuh lebih lapan juta penduduk dunia setiap tahun, termasuk 1.2 juta perokok pasif.

Khairy yakin pindaan RUU dapat menurunkan kes tiga penyakit utama, barah paru-paru, sakit jantung dan penyakit paru-paru tersumbat kronik (COPD) akibat tabiat merokok.

Sumber : Berita Harian, Instagram Jamalabdillahofficial

Author

Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending