Terkini
23 guru Melaka stres bukan sebab terbeban tugas pendidik – JPN
Seramai 23 guru di negeri ini yang mengalami tekanan akan dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam usaha menangani isu kesihatan mental dalam kalangan warga pendidik.
- 23 guru di Melaka yang mengalami tekanan akan dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam usaha menangani isu kesihatan mental dalam kalangan warga pendidik.
- Sebilangan mereka itu bukanlah mengalami tekanan akibat beban tugas sebagai warga pendidik namun disebabkan faktor di luar tempat kerja seperti di rumah, keluarga dan kewangan.
- Kenyataan itu dikeluarkan oleh Exco Pendidikan dan Teknologi, Datuk Rais Yasin.
- Menerusi ujian saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS) yang diambil secara sukarela melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK) Kementerian Pendidikan mendapati 23 atau 3.54 peratus guru berada pada tahap stres dan 28 (4.32%) lagi di tahap kemurungan.
MELAKA – Seramai 23 guru di negeri ini yang mengalami tekanan akan dipanggil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam usaha menangani isu kesihatan mental dalam kalangan warga pendidik.
Exco Pendidikan dan Teknologi, Datuk Rais Yasin berkata, biarpun bilangan itu hanya 3.45 peratus, namun tidak bermakna pihaknya memandang ringan kerana penting untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti menggembirakan.
Menurutnya, sebilangan mereka itu bukanlah mengalami tekanan akibat beban tugas sebagai warga pendidik namun disebabkan faktor di luar tempat kerja seperti di rumah.
“Ia bukan bebanan kerja sahaja, tapi luar dari itu contoh masalah di rumah, keluarga dan kewangan.
“Ketua Menteri juga meminta pihak jabatan untuk memanggil mereka dalam masa terdekat untuk melalui proses tertentu bagi membolehkan tindakan pencegahan diambil segera,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Melaka Piala Exco Pendidikan di Dewan Komuniti Sukan Krubong, di sini pada Rabu.
Pada Julai, portal Sinar Harian melaporkan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka menyiasat punca 648 daripada 13,976 guru di negeri ini yang menghadapi tekanan dan kemurungan ketika berkhidmat.
Beliau yang memandang serius laporan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung baru-baru ini.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang membentangkan laporan berkenaan berkata, dapatan itu diperoleh selepas mereka menjawab saringan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS) yang diambil secara sukarela melalui Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK) Kementerian Pendidikan.
Daripada jumlah disaring, 23 atau 3.54 peratus guru berada pada tahap stres dan 28 (4.32%) lagi di tahap kemurungan.
Sumber : Sinar Harian