Connect with us

Terkini

RUU Antilompat Parti lulus, PRU15 menyusul?

Kelulusan RUU Perlembagaan 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti menjadi salah satu tanda PRU ke-15, semakin hampir.

Wartawan TMT

Published

on

Datuk Seri Hasni Mohammad ruu antilompat
Foto: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.
  • Susulan kelulusan RUU Antilompat parti, Datuk Seri Hasni Mohammad tidak menolak kewajaran PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat.
  • Pengerusi BN Johor itu berkata dakwaan itu dikuatkan selepas memorandum persefahaman (MoU) 2.0 antara parti tidak disambung.

JOHOR BAHRU: Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (no 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti pada Khamis menjadi salah satu tanda Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, semakin hampir.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad tidak menolak kewajaran PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat.

Malah dakwaan itu dikuatkan selepas memorandum persefahaman (MoU) 2.0 antara parti tidak disambung.

“Akta lompat parti nyatakan pendirian MoU 2.0 tidak diteruskan. Sebagai tanda PRU wajar diadakan dalam masa terdekat.

“Kenapa ada MoU antara semua parti? Kerana menjamin kestabilan, jamin keadaan terkawal dalam Parlimen. Kalau tidak sambung, ianya tentu perlu diganti dengan sesuatu yang dapat jamin kestabilan yang lebih baik ialah PRU.

“Itu yang saya setuju dengan itu tanda PRU akan segera diadakan,” katanya dipetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama kelab media Johor di Johor Bahru.

Advertisement

Jelas Hasni, menyentuh mengenai PRU15, Johor tidak menggunakan pendekatan kerusi tradisi.

Katanya BN tidak boleh ambil mudah dan perlu bekerja kuat untuk 26 kerusi Parlimen di Johor.

Hasni turut menjangkakan PRU15 di Johor akan membariskan lebih 70 peratus muka baharu.

Sumber: Astro Awani

Author

Advertisement

Antarabangsa

Penyakit usus merebak dalam kalangan tentera zionis Israel

Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.
  • Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.
  • Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.
  • Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

GAZA – Tentera rejim zionis Israel mengalami peningkatan penyakit pencernaan, demikian lapor akhbar Ibrani “Yedioth Ahronoth” Isnin lalu.

Sejak bermulanya peperangan di Gaza, sumbangan makanan mula diterima tentera Israel dan ia menyebabkan peningkatan penyakit usus dalam kalangan tentera.

Keputusan ujian dijalankan ke atas tentera mendedahkan adanya bakteria yang menyebabkan disentri (keradangan dan gangguan usus), sekaligus menyebabkan cirit birit teruk dan meningkatnya suhu badan.

Akhbar itu juga memetik doktor merawat tentera-tentera berkenaan yang mendakwa sumbangan bahan makanan dengan keadaan atau cara penyimpanannya, selain faktor pengangkutan dan penyediaannya menjadi punca kepada jangkitan itu.

Pengarah Unit Penyakit Berjangkit Hospital Assuta di Ashdod, Dr Tal Brosh menjelaskan situasi luar jangka dihadapi tentera-tentera rejim zionis itu.

“Cirit-birit merebak di kawasan-kawasan perkumpulan tentera di selatan dan kemudiannya (merebak) sesama tentera yang berperang di Gaza.

“Jangkitan dengan bakteria Shigella yang menyebabkan disenteri telah didiagnos dan ia merupakan penyakit yang sangat serius. 

Advertisement

“Penyakit itu juga merebak dalam kalangan tentera di Gaza, dan jangkitan bakteria Shigella  boleh terjadi melalui hubungan langsung sesama individu (direct contact) atau melalui makanan,” katanya dipetik Jordan News.

Sumber: Jordan News

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending