Komuniti
Pendedahan Kenapa Longkai/TONTO Takut Dirakam
Menurut Aliff, dia berusaha merakam suasana ketika itu sebagai persediaan bantuan. Malangnya, dia didatangi dua orang longkai yang memarahinya kerana merakam.

- Longkai atau tonto takut tindakan mereka dirakam di tempat kemalangan ketika berebut pelanggan sekaligus menyebabkan trafik sesak.
- Ada longkai/TONTO bertindak menyamar sebagai polis tetapi bila diminta kad kuasa, gagal ditunjukkan.
- Mangsa cemas, terpedaya dengan helah longkai/TONTO hingga menyebabkan kerugian.
- Polis trafik didakwa hanya membiarkan longkai/TONTO berkeliaran menyebabkan jalan lebih sesak.
- Situasi ini didedahkan Aliff Ahmad dari SCRUT dalam posting Facebooknya yang turut mencadangkan kerajaan mewujudkan lesen/permit khidmat secara profesional untuk kumpulan itu (longkai/TONTO).
KUALA LUMPUR – Lazimnya, apabila berlaku kemalangan, pasti ramai yang cuba menghulurkan bantuan sehingga menyebabkan jalan raya menjadi sesak.
Namun, ada juga yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Dalam keadaan cemas dan gelabah, bantuan yang dihulurkan oleh trak penunda atau longkai adakala terus disambut baik mangsa tanpa sempat berfikir dengan rasional.
Perkongsian seorang pengguna Facebook yang juga merupakan pengasas SCRUT, Aliff Ahmad mungkin dapat membantu kita mengelak daripada ditipu sekali gus lebih cakna terhadap pengurusan hal kemalangan tanpa mengalami kerugian.
Kenapa longkai atau TONTO takut dirakam?
Asas dalam hidup, kalau kita tak salah, kita tidak akan takut untuk direkod segala tindakan kita begitu juga sebaliknya.
Aliff menceritakan, berlaku satu kejadian kemalangan di depan mata dan terpanggil untuk turun tolong. Tambahan, mangsa dilihat tidak sihat dan mempunyai seorang anak kecil.
Lebih parah, satu lagi kemalangan turut berlaku melibatkan motosikal dan kereta di tempat kejadian menyebabkan kesesakan bertambah.
“Seperti biasa, dalam beberapa ketika sahaja penuhlah kereta-kereta yang patern dia kita boleh tau mereka itu longkai atau TONTO. Ada yang datang dan buat double park.
“Makin lama makin ramai, maka dengan kemeriahan itu, trafik makin perlahan dan jalan makin jem.
“Ya, mereka cari makan. Aku tak kisah. Tapi perbuatan mereka memperdayakan mangsa sangatlah tidak bertanggungjawab. Mereka yang sedang trauma dan terkejut mungkin terlupa apa yang patut mereka lakukan,” katanya.
Menurut Aliff, dia berusaha merakam suasana ketika itu sebagai persediaan bantuan. Malangnya, dia didatangi dua orang longkai yang memarahinya kerana merakam.
“Aku tanya dia balik, kenapa tak boleh rakam? Dia terpekik-pekik nak tunjuk gangsta. Oh, patutlah orang kata longkai atau TONTO ni samseng dan gangsta. Ada aku kisah? Nak je aku tekan button live di Facebook.”
Dia difahamkan, pihak tersebut sebenarnya tidak suka tindakan mereka dirakam dan perebutan ‘pelanggan’ untuk menerima perkhidmatan tundaan mereka sedang berlangsung.
“Yang paling lawak, ada longkai Melayu gemuk ni seboleh-boleh nak control mangsa kemalangan. Takut aku nak rampas customer dia kot. Seboleh-boleh dia ikut aku explain kepada akak ni suruh terus buat laporan polis.”
Tambah Aliff, terdapat juga seorang longkai Melayu dari team berbeza menyamar sebagai anggota polis dan apabila diminta kad kuasa, ia gagal dikemukakan.
Pada akhirnya, team tersebut mengangkat motosikal yang kemalangan naik trak mereka.
Katanya, kehadiran beberapa kumpulan longkai itu telah menyebabkan kesesakan jalan raya.
“Polis trafik yang hadir pun dilihat membiarkan sahaja longkai-longkai berkeliaran dan berpeleseran di situ yang natijahnya jalan menjadi lebih sesak.”
“Aku nak mengingatkan semua orang yang membaca tulisan ini supaya mengambil maklum apa yang patut kita lakukan jika kemalangan berlaku terhadap kita.”
1. Jangan sign apa-apa surat yang diberikan oleh mana-mana orang yang konon nak membantu.
2. Terus call polis dan call pihak takaful/insurance anda.
3. Rakam segala yang berlaku ditempat kejadian.
4. Jangan percaya mana-mana orang yang konon nak membantu.
5. Kalau kenderaan boleh jalan, terus ke balai polis terdekat dan buat laporan polis.
Alif turut mengingatkan, buat mereka ingin membantu, beri nasihat yang betul kepada mangsa kemalangan. Buat panggilan polis dan ambulans. Rakam segala kejadian dan mereka-mereka yang terlibat.
“Aku cadangkan sejak longkai-TONTO ini takut dengan kamera, korang buat je terus social media live supaya mereka behave.
“Aku harap orang awam berhenti dan tolong mangsa. Jangan biarkan longkai-TONTO ni memberi tekanan dan memperdayakan mangsa kemalangan dengan jumlah mereka yang ramai,” kata Aliff.
Dalam pada itu, dia juga mencadangkan kerajaan perlu mewujudkan lesen atau permit terhadap kumpulan longkai untuk berkhidmat secara profesional.
Sumber: Facebook Aliff Ahmad
Komuniti
Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

- Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
- Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
- Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
- “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
- “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.
“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.
Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.
Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.
“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong.
Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times
Sumber: Facebook
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel