Connect with us

Terkini

Kenyataan Kasthuri tentang UPR salah – Pengerusi MACSA

Profesor Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, pengerusi bersama Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR process (MACSA) membidas kenyataan salah yang dibuat oleh Kasthuri Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan, mengenai proses Universal Periodic Review (UPR).

Wartawan TMT

Published

on

Kasthuri Patto dan Rafidah Hanim
Foto: Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Profesor Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Pengerusi bersama MACSA, Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar menyangkal kenyataan yang dibuat oleh Kasthuri Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan tentang kenyataannya yang salah mengenai proses UPR.
  • Kasthuri perlu tahu bahawa piawaian dan nilai antarabangsa yang diperjuangkannya tidak semestinya menjadi nilai sejagat yang diterima oleh semua pihak. Kebanyakan piawaian ini dibuat oleh negara-negara Barat mengikut norma sosiobudaya mereka yang sentiasa berubah-ubah.
  • Rafidah menggesa semua rakyat Malaysia untuk membebaskan minda mereka dari rantaian neo-kolonial yang masih membelenggu.
  • MACSA memuji konsep hak asasi yang dibawa oleh pengerusi baharu SUHAKAM, Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad, dalam memacu hala tuju hak asasi manusia di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Profesor Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, pengerusi bersama Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR process (MACSA) membidas kenyataan salah yang dibuat oleh Kasthuri Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan, mengenai proses Universal Periodic Review (UPR).

Dalam kenyataannya, Kasthuri mendakwa bahawa penglibatan Malaysia dalam proses UPR bergantung kepada status ‘Gred A’ SUHAKAM dalam Perikatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI).

Sebaliknya, Rafidah menjelaskan bahawa UPR melibatkan sebuah proses yang memberi peluang kepada setiap negara untuk memberitahu tindakan yang telah diambil bertujuan memperbaiki keadaan dan memenuhi kewajipan hak asasi manusia di negara masing-masing.

“Proses UPR melibatkan 3 pihak, iaitu negara, masyarakat sivil, dan institusi hak asasi manusia kebangsaan (NHRI), dan SUHAKAM adalah NHRI kita,” jelasnya.

Beliau menjelaskan bahawa SUHAKAM, bersama-sama dengan 117 negara lain, telah menjadi ahli Perikatan Global Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI), yang merupakan rangkaian institusi hak asasi manusia negara di peringkat global.

Status ‘Gred A’ yang diberikan oleh Sub-Committee on Accreditation (SCA) GANHRI diberikan kepada organisasi yang mematuhi Prinsip Paris, satu set piawaian antarabangsa yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1993 untuk mempromosi kebebasan dan keberkesanan institusi hak asasi manusia dalam menunaikan tanggungjawabnya.

Walau bagaimanapun, isu NHRI yang mempunyai status ‘A’ atau status ‘B’ tidak mempunyai sebarang kaitan dengan negara yang dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam proses UPR. Jelas, fakta ini bertentangan dengan apa yang dikatakan Kasthuri.

Advertisement

Sebagai contoh, Singapura tidak mempunyai NHRI sendiri dan oleh itu ia bukan ahli GANHRI. Namun, negara tersebut telah mengambil bahagian dalam 2 proses UPR. Keadaan ini jelas menunjukkan gred GANHRI tidak diperlukan dalam proses UPR.

Beliau kemudian turut memberi respon terhadap konsep universalisme yang dikaitkan dengan hak asasi manusia oleh Kasthuri.

“Kasthuri perlu tahu bahawa standard dan nilai antarabangsa yang beliau perjuangkan tidak semestinya menjadi nilai sejagat yang diterima oleh semua golongan. Sebilangan besar piawaian ini dibuat oleh negara-negara Barat mengikut norma sosiobudaya mereka yang sentiasa berubah-ubah.

Beliau berkata, “Masih banyak yang perlu dibincangkan mengenai apa yang menjadi nilai sejagat dan Malaysia mempunyai hak untuk menentukan peraturan kita sendiri dan bukannya hanya tunduk kepada semua perkara.”

Pada 7 Julai tahun ini, Malaysia menyertai 16 ahli Majlis Hak Asasi Manusia yang lain dalam menolak pembaharuan mandat Independent Expert mengenai perlindungan terhadap keganasan dan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina (IESOGI).

Hal ini disebabkan oleh kebimbangan yang dibangkitkan dan pindaan yang dicadangkan oleh Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) tidak dipenuhi. OIC mendapati resolusi SOGIE tidak mempunyai konsensus sejagat dan tidak mempunyai asas dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Advertisement

Beliau turut memberitahu kebimbangannya tentang keadaan masyarakat-masyarakat Barat yang menolak kepercayaan kepada Tuhan dan mengisytiharkan bahawa moral berasal dari mana-mana manusia secara kolektif dan menjadikannya, seperti yang dikatakan oleh Nietzsche: “Tuhan Sudah Mati”.

“Situasi ini semakin memburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini, di mana nampaknya kebenaran yang objektif tidak lagi wujud. Setiap orang mempunyai hak untuk menentukan apa yang benar buat mereka pada masa kini, sehingga ke tahap di mana kebenaran yang jelas seperti definisi seorang wanita juga menjadi topik perdebatan.

Contoh terbaru apabila Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat Ketanji Brown-Jackson tidak dapat menjawab soalan ‘apa itu seorang wanita’ semasa perbicaraan pengesahan Senat.

“Gereja England turut menjadi korban kepada gaya pemikiran sebegini. Kenyataan pihaknya mengakui bahawa ‘ia tidak mempunyai definisi seorang wanita’ telah mengecewakan ramai orang Kristian.

Justeru, Rafidah menggesa semua rakyat Malaysia untuk membebaskan minda mereka dari rantaian neo-kolonial yang masih mencengkam dan berwaspada terhadap ideologi-ideologi Barat yang dibawa masuk melalui pihak-pihak yang sepatutnya dihormati dalam usaha menjamin hak asasi manusia.

“Kami akan menegakkan hak asasi manusia mengikut moral seperti yang ditakrifkan oleh Tuhan, bukan kemahuan nafsu manusia,” tegasnya.

Advertisement

Oleh itu, MACSA memuji prinsip asas yang dipegang oleh pengerusi baharu SUHAKAM, Profesor Datuk Dr. Rahmat Mohamad, dalam memacu hala tuju hak asasi manusia di Malaysia.

Sumber: Facebook MACSA

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending