Antarabangsa
Kerajaan China enggan terima memorandum hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur – ABIM
Sebanyak 51 Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak agar kerajaan China menghormati hak kebebasan beragama serta memberi perlindungan sama rata kepada etnik Uyghur yang didakwa berdepan penindasan dan kekejaman di wilayah Xinjiang.
- 51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur menerusi Memorandum Bantahan Keras.
- Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia tuntut keamanan sejagat diutamakan tanpa pencabulan hak asasi manusia.
- Walaupun memorandum berkenaan telah diserahkan kepada kerajaan China sebanyak lima kali, cadangan di dalam dokumen tersebut ditolak kerana tidak pernah diberi ruang untuk berbincang.
- Ratusan ribu orang Uyghur dikumpulkan pihak berkuasa China di kem “pendidikan semula” didakwa mengalami penderaan fizikal, penganiayaan serta penyeksaan.
- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut digesa menentang ketidakadilan menimpa etnik Uyghur, sepertimana bantahan terhadap Israel tentang isu Palestin.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 51 Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak agar kerajaan China menghormati hak kebebasan beragama serta memberi perlindungan sama rata kepada etnik Uyghur yang didakwa berdepan penindasan dan kekejaman di wilayah Xinjiang.
Desakan tersebut disuarakan menerusi Memorandum Bantahan Keras yang diserahkan kepada Kedutaan Besar China di ibu negara hari ini.
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, pihaknya menuntut agar kerajaan China dan negara-negara lain mengutamakan keamanan di peringkat sejagat tanpa mencabuli hak asasi manusia.
“Kami amat berdukacita kerana saya ingat sudah lebih lima kali kita berada di hadapan Kedutaan China untuk menyerahkan memorandum secara aman, malah hari ini kita juga membawa patung panda dan juga bunga raya sebagai menunjukkan persahabatan kita.
“Kita bukan ingin bergaduh atau melakukan ancaman atau sebagainya tetapi kita mahu datang menyerahkan memorandum secara aman.
“Bagaimanapun, lebih lima kali kita hadir, dan respons (yang diterima) amat negatif di mana kerajaan China tidak bersedia untuk menerima sebarang memorandum dan berbincang dengan NGO-NGO khususnya NGO Islam terhadap penindasan yang dilakukan kepada etnik Uyghur,” katanya ketika ditemui di hadapan Kedutaan Besar China, di sini hari ini.
Hadir sama menyerahkan memorandum berkenaan ialah Presiden Malaysia4Uyghur, Zuhri Yuhyi dan Penyelaras Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman.
Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata wakil-wakil NGO berharap agar kerajaan Malaysia konsisten dalam menyuarakan bantahan terhadap isu kemanusiaan termasuk nasib yang menimpa etnik minoriti Islam itu, selain mengesyorkan agar satu usul dibahaskan di Parlimen.
Ujarnya lagi, negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut digesa menentang ketidakadilan yang menimpa etnik Uyghur, sepertimana bantahan terhadap Israel tentang isu Palestin.
“Kita juga harus menentang kekejaman oleh kerajaan China terhadap Uyghur atau kerajaan India terhadap umat Islam di hampir semua wilayah di negara itu dan penindasan kerajaan Myanmar terhadap Rohingya,” tambahnya.
Memorandum yang ditandatangani 51 NGO itu antara lain turut mendesak agar kerajaan China segera menamatkan penggunaan kem “pendidikan semula”.
Ini kerana ratusan ribu orang Uyghur yang tidak bersalah yang dikumpulkan oleh pihak berkuasa China di kem-kem berkenaan, didakwa mengalami penderaan fizikal, penganiayaan serta penyeksaan.
Isu penindasan etnik itu hangat diperdebatkan susulan laporan media barat yang mendedahkan ‘bukti-bukti’ penggunaan kekerasan dan layanan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik itu oleh kerajaan China
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di wilayah Xinjiang.
Sumber : Astro Awani
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar