Terkini
“Hak bersuara bukan mutlak, jangan rosakkan minda rakyat”: Ketua Penerangan Pejuang Muda bidas kenyataan pengasas bersama MUDA, Lim Wei Jit
Sekiranya kebebasan tersebut tidak berlandaskan garis panduan yang ditetapkan, ianya boleh diklasifikasikan sebagai hasutan.

- Ketua Penerangan Pejuang Muda Malaysia, Akif Rusli, menjelaskan bahawa hak kebebasan bersuara bukanlah hak yang mutlak. Ianya boleh dikawal di bawah undang-undang lain yang digubal di Parlimen seperti Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
- Kebebasan bersuara perlu diamalkan dalam garis panduan yang ditetapkan tanpa elemen provokasi dan ketidak harmonian kepelbagaian agama di Malaysia.
- Beliau turut mengingatkan tanggungjawab sebagai warganegara yang mematuhi undang-undang, kita hendaklah membenarkan proses perundangan berlaku tanpa apa-apa bentuk campur tangan yang tidak munasabah dan apa jua tindakan melengahkan keadilan untuk dilaksanakan.
KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pejuang Muda Malaysia (PEJUANG), Akif Rusli, menegaskan bahawa hak bersuara perlu diamalkan tanpa elemen provokasi, sentiasa menjaga keharmonian serta menghormati kepelbagaian agama dalam Malaysia, pada Jumaat.
Sekiranya kebebasan tersebut tidak berlandaskan garis panduan yang ditetapkan, ianya boleh diklasifikasikan sebagai hasutan.
Kenyataan ini dibuat rentetan ciapan Lim Wei Jiet, pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), di Twitter, yang menganggap tindakan reman terhadap pemilik kelab komedi Crackhouse adalah cubaan untuk melumpuhkan hak kebebasan bersuara. Namun, ciapan tersebut telah pun dipadam.
Akif membidas kenyataan Wei Jiet dengan satu ciapan balas, “Saya juga seorang pengamal undang-undang. Saya juga faham freedom of speech. Tetapi bilamana tindakan itu dilakukan bersifat provokasi & menyentuh keharmonian serta tidak menghormati kepelbagaian agama dalam Malaysia, ianya bersifat hasutan @limweijiet.
“Jangan rosakkan minda rakyat.” ujar beliau lagi.
Susulan kenyataan di Twitter, Akif turut berkongsi satu hantaran di akaun Facebook beliau bertajuk “Tinta Perundangan: Kebebasan Bersuara Terbatas Dengan Undang-Undang Yang Mengawal”.
Beliau meminta agar berhenti dari mengeluarkan apa-apa kenyataan yang akan merosakkan minda rakyat.
“Hak kebebasan bersuara dalam Malaysia, bukanlah hak yang mutlak. Ianya boleh dikawal di bawah undang-undang lain yang digubal di Parlimen.
“Antara undang-undang yang digubal bagi mengawal hak itu boleh dilihat di bawah Kanun Keseksaan dan juga Akta Hasutan. Apa-apa perbuatan yang dilihat cenderung untuk mengapi-apikan atau menimbulkan kemarahan terhadap sesuatu, ianya boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.
“Kesalahan hasutan ini samada dengan niat atau tiada niat jahat adalah kekal sebagai satu kesalahan jika dirujuk dalam prinsip undang-undang bagi kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, PP v Oh Keng Seng [1977] 2 MLJ 206.
“Ianya hanya akan diambil kira untuk tidak menjadi hasutan jika terbukti bahawa kenyataan yang dibuat adalah bersifat berkepentingan awam dan tidak mempunyai kecenderungan untuk menghasut”, terangnya lagi.
Beliau turut menjelaskan bahawa hal ini amat berbeza dalam keadaan pelawak Crackhouse yang terlibat.
“Apa yang pasti, siasatan sedang dijalankan. Sebagai warganegara yang mematuhi undang-undang atau “law abiding citizen”, kita sewajarnya hendaklah membenarkan proses perundangan itu berlaku tanpa apa-apa bentuk campur tangan yang tidak munasabah dan apa jua tindakan melengahkan keadilan untuk dilaksanakan.
Beliau menghuraikan bahawa konsep “law abiding citizen” ini sepatutnya turut terpakai bagi seorang Pesalah Jenayah yang sedang merayu keputusan sabitan di Mahkamah Persekutuan dan juga Orang Kena Tuduh yang sedang berdepan pembelaan di hadapan Mahkamah Tinggi.
Pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel telah ditahan oleh pihak polis pada 14 Julai 2022 (Khamis) lalu bagi membantu siasatan kes tiga video tular yang didakwa menghina agama.
(Sumber: Twitter dan Facebook Akif Rusli)
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah