Connect with us

Terkini

“Hak bersuara bukan mutlak, jangan rosakkan minda rakyat”: Ketua Penerangan Pejuang Muda bidas kenyataan pengasas bersama MUDA, Lim Wei Jit

Sekiranya kebebasan tersebut tidak berlandaskan garis panduan yang ditetapkan, ianya boleh diklasifikasikan sebagai hasutan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

hak bersuara bukan mutlak
Foto: Akif Rusli dan Lim Wei Jiet.
  • Ketua Penerangan Pejuang Muda Malaysia, Akif Rusli, menjelaskan bahawa hak kebebasan bersuara bukanlah hak yang mutlak. Ianya boleh dikawal di bawah undang-undang lain yang digubal di Parlimen seperti Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
  • Kebebasan bersuara perlu diamalkan dalam garis panduan yang ditetapkan tanpa elemen provokasi dan ketidak harmonian kepelbagaian agama di Malaysia.
  • Beliau turut mengingatkan tanggungjawab sebagai warganegara yang mematuhi undang-undang, kita hendaklah membenarkan proses perundangan berlaku tanpa apa-apa bentuk campur tangan yang tidak munasabah dan apa jua tindakan melengahkan keadilan untuk dilaksanakan.

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pejuang Muda Malaysia (PEJUANG), Akif Rusli, menegaskan bahawa hak bersuara perlu diamalkan tanpa elemen provokasi, sentiasa menjaga keharmonian serta menghormati kepelbagaian agama dalam Malaysia, pada Jumaat.

Sekiranya kebebasan tersebut tidak berlandaskan garis panduan yang ditetapkan, ianya boleh diklasifikasikan sebagai hasutan.

Kenyataan ini dibuat rentetan ciapan Lim Wei Jiet, pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), di Twitter, yang menganggap tindakan reman terhadap pemilik kelab komedi Crackhouse adalah cubaan untuk melumpuhkan hak kebebasan bersuara. Namun, ciapan tersebut telah pun dipadam.

Akif Rusli

Akif membidas kenyataan Wei Jiet dengan satu ciapan balas, “Saya juga seorang pengamal undang-undang. Saya juga faham freedom of speech. Tetapi bilamana tindakan itu dilakukan bersifat provokasi & menyentuh keharmonian serta tidak menghormati kepelbagaian agama dalam Malaysia, ianya bersifat hasutan @limweijiet.

“Jangan rosakkan minda rakyat.” ujar beliau lagi.

Susulan kenyataan di Twitter, Akif turut berkongsi satu hantaran di akaun Facebook beliau bertajuk “Tinta Perundangan: Kebebasan Bersuara Terbatas Dengan Undang-Undang Yang Mengawal”.

Beliau meminta agar berhenti dari mengeluarkan apa-apa kenyataan yang akan merosakkan minda rakyat.

“Hak kebebasan bersuara dalam Malaysia, bukanlah hak yang mutlak. Ianya boleh dikawal di bawah undang-undang lain yang digubal di Parlimen.

“Antara undang-undang yang digubal bagi mengawal hak itu boleh dilihat di bawah Kanun Keseksaan dan juga Akta Hasutan. Apa-apa perbuatan yang dilihat cenderung untuk mengapi-apikan atau menimbulkan kemarahan terhadap sesuatu, ianya boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

“Kesalahan hasutan ini samada dengan niat atau tiada niat jahat adalah kekal sebagai satu kesalahan jika dirujuk dalam prinsip undang-undang bagi kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, PP v Oh Keng Seng [1977] 2 MLJ 206.

“Ianya hanya akan diambil kira untuk tidak menjadi hasutan jika terbukti bahawa kenyataan yang dibuat adalah bersifat berkepentingan awam dan tidak mempunyai kecenderungan untuk menghasut”, terangnya lagi.

Beliau turut menjelaskan bahawa hal ini amat berbeza dalam keadaan pelawak Crackhouse yang terlibat.

Akif Rusli

“Apa yang pasti, siasatan sedang dijalankan. Sebagai warganegara yang mematuhi undang-undang atau “law abiding citizen”, kita sewajarnya hendaklah membenarkan proses perundangan itu berlaku tanpa apa-apa bentuk campur tangan yang tidak munasabah dan apa jua tindakan melengahkan keadilan untuk dilaksanakan.

Beliau menghuraikan bahawa konsep “law abiding citizen” ini sepatutnya turut terpakai bagi seorang Pesalah Jenayah yang sedang merayu keputusan sabitan di Mahkamah Persekutuan dan juga Orang Kena Tuduh yang sedang berdepan pembelaan di hadapan Mahkamah Tinggi.

Pemilik Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel telah ditahan oleh pihak polis pada 14 Julai 2022 (Khamis) lalu bagi membantu siasatan kes tiga video tular yang didakwa menghina agama.

(Sumber: Twitter dan Facebook Akif Rusli)

Author