Antarabangsa
Nasib tahanan tentera zionis warganegara AS tidak diketahui selepas pengawal terbunuh dalam serangan Israel – Hamas

- Sayap ketenteraan Hamas memaklumkan pada Sabtu bahawa nasib seorang askar Israel yang juga warganegara Amerika Syarikat yang dipercayai sebagai tahanan terakhir rakyat AS yang masih hidup di Gaza, masih belum diketahui susulan penemuan mayat salah seorang pengawalnya yang terbunuh akibat serangan udara oleh tentera penjajah tersebut.
- “Nasib tahanan dan baki anggota yang menjaga beliau masih tidak diketahui,” kata jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaida.
- “Kami sedang berusaha untuk melindungi semua tahanan dan memastikan keselamatan mereka. Namun, nyawa mereka berada dalam bahaya akibat serangan bom tentera penjajah yang bersifat jenayah,” ujarnya.
KAHERAH — Sayap ketenteraan Hamas memaklumkan pada Sabtu bahawa nasib seorang askar Israel yang juga warganegara Amerika Syarikat yang dipercayai sebagai tahanan terakhir rakyat AS yang masih hidup di Gaza, masih belum diketahui susulan penemuan mayat salah seorang pengawalnya yang terbunuh akibat serangan udara oleh tentera penjajah tersebut.
Perkembangan terbaharu ini berlaku ketika Israel terus memperhebatkan serangan ke atas Gaza, sebulan selepas rundingan gencatan senjata gagal dan operasi ketenteraan dilancarkan semula.
Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara Israel pada hari Sabtu.
Utusan khas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, iaitu Steve Witkoff, sebelum ini menyatakan bahawa pembebasan Edan Alexander, seorang pemuda berusia 21 tahun berasal dari New Jersey yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) ketika ditawan pada serangan 7 Oktober 2023, adalah keutamaan utama Washington.
Isu pembebasan beliau menjadi fokus dalam rundingan antara pimpinan Hamas dan perunding AS, Adam Boehler, bulan lalu.
Pada Selasa lalu, Hamas memaklumkan bahawa pihaknya telah kehilangan komunikasi dengan pasukannya yang menjaga Alexander selepas lokasi mereka disasarkan dalam serangan oleh tentera Israel.
Pada Sabtu, Hamas mengesahkan penemuan mayat salah seorang pengawal yang dipercayai menjaga tahanan tersebut.
“Nasib tahanan dan baki anggota yang menjaga beliau masih tidak diketahui,” kata jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaida.
“Kami sedang berusaha untuk melindungi semua tahanan dan memastikan keselamatan mereka. Namun, nyawa mereka berada dalam bahaya akibat serangan bom tentera penjajah yang bersifat jenayah,” ujarnya.
Setakat ini, pihak tentera penjajah belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.
Hamas sebelum ini membebaskan 38 tahanan semasa tempoh gencatan senjata yang bermula pada 19 Januari. Difahamkan, masih terdapat 59 individu yang ditahan di Gaza, dengan kurang separuh daripada mereka dipercayai masih hidup.
Israel mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza pada bulan Mac dan menyambung semula operasi ketenteraan pada 18 Mac selepas rundingan untuk melanjutkan gencatan senjata menemui kegagalan.
Hamas menegaskan bahawa pembebasan baki tahanan hanya akan dilakukan jika terdapat perjanjian bagi menamatkan perang secara menyeluruh, manakala Israel hanya bersetuju dengan gencatan senjata sementara. -The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login