Terkini
Bantahan hukum mati bagi kesalahan dadah semakin meningkat
Dalam tempoh dua tahun ini, semakin ramai warga Malaysia membantah pelaksanaan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dengan dadah.
- Kurang 20 peratus warga Malaysia menyokong hukuman mati bagi kesalahan besar dadah pada April 2022.
- 60 peratus warga Malaysia menyokong hukuman mati bagi kesalahan itu pada tahun 2020.
- Peningkatan ini adalah petanda yang baik kerana ia dapat meningkatkan sokongan terhadap kerajaan bagi memansuhkan hukuman mati dalam sidang Dewan Rakyat.
- Hampir separuh responden tidak menyokong penggunaan dadah secara rekreasi.
KUALA LUMPUR – Dalam tempoh dua tahun ini, semakin ramai warga Malaysia membantah pelaksanaan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dengan dadah.
Peningkatan bantahan ini berdasarkan kajian seluruh negara yang dibuat sebuah badan pemikir bagi mendapatkan pandangan awam terhadap dadah pada masa yang sama hasrat mereka ke arah pembaharuan sistem keadilan jenayah bagi kesalahan itu.
Kajian ini dibuat susulan penjatuhan hukuman mati terhadap keldai dadah warga Malaysia yang mendapat perhatian ramai sejak beberapa bulan lalu.
Pada April lalu, satu tinjauan yang dijalankan The Centre mendapati bahawa kurang 20 peratus warga Malaysia menyokong hukuman mati bagi kesalahan besar dadah.
Manakala pada tahun 2020, 60 peratus warga Malaysia menyokong hukuman mati bagi kesalahan itu.
Tinjauan itu dijalankan secara bersemuka dengan responden yang terdiri daripada golongan dewasa.
Tham Jia Vern, seorang penyelidik dari The Centre berkata, “perubahan itu adalah langkah yang baik dan ia dapat meningkatkan sokongan terhadap kerajaan bagi memansuhkan hukuman mati dalam sidang Dewan Rakyat” jelasnya di sebuah forum berkenaan hukuman mati di Kuala Lumpur.
Sejumlah pindaan bagi memansuhkan hukuman mati mandatori dalam 11 peruntukan undang-undang dijangka akan dibentangkan kerajaan pada sidang Oktober ini.
“Hampir separuh responden tidak menyokong penggunaan dadah secara rekreasi, ” kata Tham berkenaan tinjauan itu.
Tinjauan mendapati kira-kira 30 peratus responden melihat penggunaan dadah secara rekreasi sebagai boleh diterima.
Manakala penggunaan dadah terkawal atas faktor rawatan pula mempunyai penerimaan yang tinggi.
Majoriti responden menyokong hukuman seperti khidmat masyarakat dan denda terhadap kesalahan utama.
Kesalahan berikut adalah seperti membawa dan mengedar dadah secara sedar, membawa dan mengedar dadah secara tidak sedar, menjual dan juga memiliki dadah dalam jumlah yang besar.
“Walaupun warga Malaysia dikenali dengan sikap konservatif terhadap penggunaan dadah, namun mereka mempunyai padangan empati terhadap ketagihan dadah,” kata Tham.
Berhubung dengan isu hukuman mati untuk warga asing, tinjauan mendapati hukuman mati bagi kesalahan utama dadah dalam situasi tertentu, contohnya jika melibatkan warga asing mendapat sokongan lebih tinggi.
Tham mempunyai pendapat bahawa keputusan itu mempengaruhi kurangnya penerimaan orang ramai terhadap warga asing dan pekerja migran.
Menurut Tham, “Warga Malaysia cenderung untuk ada persepsi berbeza terhadap warga asing”.
Tham mencadangkan program advokasi dijalankan bagi membantu membendung masalah penyeludupan dadah.
Sumber: Malaysiakini