Connect with us

Antarabangsa

Lagi paderi Katolik didakwa lakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur

Seorang paderi Katolik yang juga aktivis terkenal diminta mengundurkan diri daripada jawatannya ekoran dakwaan melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak bawah umur beberapa dekad lalu yang kini dalam siasatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lagi paderi Katolik didakwa lakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur
Foto: Paderi Katolik, Michael Pfleger didakwa melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak bawah umur.
  • Seorang paderi Katolik di Amerika Syarikat (AS) diminta untuk mengundurkan diri dari tugasnya ekoran dakwaan penderaan seksual yang masih dalam siasatan.
  • Paderi itu didakwa melakukan serangan seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur beberapa dekad lalu.
  • Menurut mangsa, paderi itu telah menderanya sebanyak dua kali ketika latihan koir pada akhir 1980an.
  • Paderi itu, Michael Pfleger adalah aktivis terkenal yang sering menjadi tajuk utama di AS kerana kegiatan aktivisnya dalam pelbagai isu termasuk menentang pengiklanan rokok dan alkohol serta menentang pengedaran dadah.

CHICAGO – Seorang paderi Katolik yang juga aktivis terkenal diminta mengundurkan diri daripada jawatannya ekoran dakwaan melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak bawah umur beberapa dekad lalu yang kini dalam siasatan.

Perkembangan itu berlaku lebih setahun selepas paderi itu, Michael Pfleger dibebaskan dari dakwaan lain kerana mencabul kanak-kanak secara seksual, demikian lapor ABC News.

Menurut surat diutuskan Sabtu lalu, Kardinal Blase Cupich berkata, Pfleger diminta melepaskan tugasnya di gereja Faith Community of Saint Sabina susulan dakwaan terbaharu itu.

Pfleger “telah bersetuju untuk bekerjasama sepenuhnya dengan permintaan ini,” kata Cupich, sambil menambah bishop agung telah memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-kanak Illinois dan pegawai penguatkuasa undang-undang berhubung perkara itu.

Seorang lelaki berusia lewat 40an mendakwa Pflege menderanya sebanyak dua kali pada akhir 1980an semasa latihan koir di Saint Sabina, demikian menurut kenyataan dikeluarkan jurucakap peguam lelaki itu, Eugene Hollander.

Peguam itu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai dakwaan itu.

Pfleger menjadi tajuk utama negara kerana kegiatan aktivisnya mengenai pelbagai isu, menentang pengiklanan rokok dan alkohol, menentang pengedar dadah dan kedai yang menjual peralatan dadah dan mengetuai protes yang tidak terkira banyaknya.

Dia juga pernah disaman kerana kerja aktivisnya dan ada yang mengatakan bahawa tindakannya itu telah mengakibatkan cemburu, serangan dan kebencian.

Sumber: ABC News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *