Connect with us

Antarabangsa

Singapura penjara & denda pencipta kandungan lucah di OnlyFans

Mahkamah Singapura mengenakan denda sebanyak S$ 3,000 (RM 14,074.50) keatas Titus Low, 22, kerana berkongsi gambar dan video lucah di laman web dewasa, OnlyFans. Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga minggu kerana melanggar perintah polis untuk tidak mengakses akaunnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Singapura penjara & denda pencipta kandungan lucah di OnlyFans
Foto: Titus Low, didenda sebanyak S$ 3,000 oleh mahkamah Singapura.
  • Pempengaruh dan peragawan Singapura, Titus Low dipenjara tiga minggu dan didenda S$ 3,000 (RM 14,074.50) kerana berkongsi gambar dan video lucah di laman OnlyFans.
  • Dia menyertai OnlyFans pada April 2021, dan ditangkap pada Disember tahun yang sama.
  • Kegiatannya diketahui setelah seorang wanita menemui video lucahnya pada telefon anak saudara perempuanya berusia 12 tahun, langsung membuat laporan polis.

Mahkamah Singapura mengenakan denda sebanyak S$ 3,000 (RM 14,074.50) keatas Titus Low, 22, kerana berkongsi gambar dan video lucah di laman web dewasa, OnlyFans. Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga minggu kerana melanggar perintah polis untuk tidak mengakses akaunnya.

Kes itu telah mencetuskan kebimbangan mengenai implikasi jenayah terhadap pencipta kandungan OnlyFans di negara itu.

Di Singapura, perbuatan menghantar bahan lucah secara elektronik dan mengambil bahagian atau menerima keuntungan daripada perniagaan dimana bahan itu dihantar adalah menjadi suatu kesalahan undang-undang.

Memetik laporan BBC, peguam Low, Kirpal Singh berkata “kes ini pastinya telah menjadi kes pertama yang disabitkan, dan sebagai amaran kepada pengguna OnlyFans lain bahawa mereka bakal berdepan akibat yang sama,”

“Saya rasa sudah jelas yang pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk sabitkan hukuman pada mereka yang menghantar bahan lucah, bukan sahaja pada platform OnlyFans, tetapi pada keseluruhan spektrum (dalam talian).”

Dalam pada itu dia menambah, ramai pencipta kandungan lucah lain sudah mula menghubunginya kerana risau tentang implikasi jenayah perbuatan mereka sendiri.

Low telah ditangkap pada Disember 2021 selepas seorang wanita menemui salah satu video lucahnya pada telefon anak saudara perempuannya yang berusia 12 tahun, dan langsung membuat laporan polis.

Dia yang juga seorang peragawan dan pempengaruh terkenal Singapura dengan lebih 210,000 pengikut media sosial itu menyertai OnlyFans pada bulan April tahun tersebut, dimana namanya langsung melonjak naik di platform tersebut.

Selepas laporan dibuat, pihak polis tempatan merampas telefon dan iPad nya lalu menukar butiran akaun OnlyFans nya. Bagaimanapun, Low berjaya mengakses semula akaunnya, dan terus memuat naik lagi kandungan baharu serta mencipta akaun kedua.

 Sumber: BBC

Author