Connect with us

Terkini

Lebih 97 peratus Muslim Malaysia tidak mampu faham perbahasan akidah al-Asyairah & al-Maturidiah, Adakah menteri agama faham? – Mufti Perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin percaya 97 peratus Muslim di negara ini atau lebih daripada itu tidak mampu memahami perbahasan berkenaan akidah al-Asyairah dan al-Maturidiah. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (kiri) & Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) (kanan).
  • Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) berkata, majoriti umat beriman secara fitrah seperti mana yang berlaku ketika generasi awal Islam iaitu zaman Nabi SAW dan para sahabat.
  • Sebagai contoh di mana orang awam mengatakan al-Quran adalah kalam Allah dan mereka tidak memikirkan untuk menetapkan al-Quran yang dibaca itu bukan kalam Allah yang hakiki kerana ia adalah makhluk.
  • “Sebaliknya kalam Allah ialah kalam nafsi iaitu kalam yang ada pada zat Tuhan.  Semua hal ini membingungkan orang awam. Apakah mereka akan dihukum sesat kerana gagal memahami hal itu?
  • “… Apakah dengan RUU ini, maka era kafir mengkafir sesama umat akan bermula? Sesat menyesatkan akan menjadi agenda kerajaan? Rakyat akan diuji keabsahan akidah mereka? Atau, mungkin selepas ini akan dicadangkan dimasukkan ke kad pengenalan, AGAMA: ISLAM ASHAIRAH MATURIDIYYAH JUNAID DAN GHAZALI,” kata Dr Maza menerusi hantaran di Facebook hari ini bertajuk, ‘Apakah Kesan RUU Terhadap Rakyat? Betulkah Menteri Agama Faham Akidah-Akidah Ashairah Maturidiyah?’.
  • Dr MAZA berkata bukan sahaja rakyat awam, bahkan menteri-menteri dan Ahli Parlimen juga ramai tidak memahami apakah sebenarnya dimaksudkan dengan Asyairah, al-Maturidiah, al-Junaid dan al-Ghazali.

KUALA LUMPUR — Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin percaya 97 peratus Muslim di negara ini atau lebih daripada itu tidak mampu memahami perbahasan berkenaan akidah al-Asyairah dan al-Maturidiah

Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, majoriti umat beriman secara fitrah seperti mana yang berlaku ketika generasi awal Islam iaitu zaman Nabi SAW dan para sahabat.

Beliau memberi contoh di mana orang awam mengatakan al-Quran adalah kalam Allah dan mereka tidak memikirkan untuk menetapkan al-Quran yang dibaca itu bukan kalam Allah yang hakiki kerana ia adalah makhluk.

“Sebaliknya kalam Allah ialah kalam nafsi iaitu kalam yang ada pada zat Tuhan.  Semua hal ini membingungkan orang awam. Apakah mereka akan dihukum sesat kerana gagal memahami hal itu?

“… Apakah dengan RUU ini, maka era kafir mengkafir sesama umat akan bermula? Sesat menyesatkan akan menjadi agenda kerajaan? Rakyat akan diuji keabsahan akidah mereka? Atau, mungkin selepas ini akan dicadangkan dimasukkan ke kad pengenalan, AGAMA: ISLAM ASHAIRAH MATURIDIYYAH JUNAID DAN GHAZALI.

Apa yang saya, ini isu sektarian yang disumbat kepada Kerajaan Madani. Agenda orang lain yang ingin mengkultuskan yang cuba menggunakan undang-undang negara,” kata Dr Maza menerusi hantaran di Facebook hari ini bertajuk, ‘Apakah Kesan RUU Terhadap Rakyat? Betulkah Menteri Agama Faham Akidah-Akidah Ashairah Maturidiyyah?’.

Foto: Tangkap layar hantaran Dr MAZA di Facebook hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula kelmarin di mana ketika ini ia menjadi polemik dalam kalangan beberapa pihak, termasuk agamawan.

BERNAMA pada Jumaat lalu melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata RUU itu bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan.

RUU itu antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang sudut akidahnya bersumberkan aliran al-Asyairah dan al-Maturidiah.

Bagaimanapun RUU berkenaan dikritik beberapa pihak, termasuk Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang bertitah bahawa tidak wajar menyempitkan takrifan ASWJ di negara ini.

Baginda bertitah tindakan seumpama itu tidak bersifat inklusif, bahkan membawa kepada elemen sektarian dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Mengulas lanjut, Dr MAZA berkata bukan sahaja rakyat awam, bahkan menteri-menteri dan Ahli Parlimen juga ramai yang tidak memahami apakah sebenarnya  dimaksudkan dengan al-Asyairah, al-Maturidiah, al-Junaid dan al-Ghazali.

Katanya, malah untuk kelompok terbabit menyebutkan istilah berkenaan pun ada yang tidak boleh.

Saya katakan 97 peratus rakyat Malaysia Muslim tidak faham apakah sebenarnya Ashairah Maturidiyyah al-Junaid dan al-Ghazali. 

“Bukan sahaja rakyat awam, menteri-menteri dan ahli-ahli parlimen pun ramai yang tidak faham. Lebih daripada itu, ada nak sebut istilah itupun tidak lepas,” kata Dr MAZA.

The Merdeka Times semalam melaporkan majoriti masyarakat Muslim di Ibu negara tidak jelas dan tidak faham berkenaan aliran utama disebut di dalam RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 yang bakal mengkhaskan manhaj (metodologi beragama) akidah ASWJ hanya kepada al-Asyairah dan al-Maturidiah.

Menerusi tinjauan The Merdeka Times di sekitar Wangsa Maju dan Gombak pada Selasa, majoriti mereka yang ditemui sukar menjawab persoalan mengenai manhaj akidah tetapi dengan mudah mengakui diri mereka sebagai ASWJ. — The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *