Connect with us

Terkini

Semak semula pembatalan larangan penerbitan komik ‘Superman Hew’ – Pemuda UMNO

Kerajaan Madani didesak mempertimbangkan langkah memfailkan permohonan menyemak semula keputusan pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau Superman Hew.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Kerajaan Madani didesak mempertimbangkan langkah memfailkan permohonan menyemak semula keputusan pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau Superman Hew.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata semakan semula keputusan terbabit adalah selaras kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
  • “Mahkamah dah membuat keputusan. Kami hormati keputusan Mahkamah. Tapi tidak bererti kami bersetuju.
  • “Bagi mengelakkan ketidakadilan kami mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan ini selaras kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan di bawah  Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
  • “Walaupun keputusan mahkamah rayuan pada 26/07/2022 yang ketika itu kerajaan memerintah adalah kerajaan BN-PN memutuskan komik ini tidak menjejaskan ketenteraman awam dan permohonan kerajaan untuk kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan larangan terhadap penerbitan komik ini gagal pada 8/12/2022,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Selasa yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘Kerajaan batal perintah larangan penerbitan komik BRI Superman Hew’.
  • Semalam, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan Perintah Larangan penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan Kuan Yau yang sebelum ini diwartakan pada 2019.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani didesak mempertimbangkan langkah memfailkan permohonan menyemak semula keputusan pembatalan Perintah Larangan terhadap penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau atau Superman Hew.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata semakan semula keputusan terbabit adalah selaras kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Dr Akmal yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, semakan semula keputusan itu adalah bagi mengelakkan ketidakadilan.

“Mahkamah dah membuat keputusan. Kami hormati keputusan Mahkamah. Tapi tidak bererti kami bersetuju.

“Bagi mengelakkan ketidakadilan kami mendesak kerajaan untuk mempertimbangkan memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan ini selaras kuasa sedia ada Mahkamah Persekutuan di bawah  Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Foto: Tangkap layar hantaran Dr Akmal di Facebook.

“Walaupun keputusan mahkamah rayuan pada 26/07/2022 yang ketika itu kerajaan memerintah adalah kerajaan BN-PN memutuskan komik ini tidak menjejaskan ketenteraman awam dan permohonan kerajaan untuk kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan larangan terhadap penerbitan komik ini gagal pada 8/12/2022.

“Siapa sekalipun kerajaan, sensitiviti majoriti rakyat Melayu Islam perlu diutamakan dan dipelihara untuk menjamin kestabilan negara ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Selasa yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘Kerajaan batal perintah larangan penerbitan komik BRI Superman Hew’.

Semalam, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan Perintah Larangan penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan Kuan Yau yang sebelum ini diwartakan pada 2019.

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 12 Ogos 2024 yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 6 Ogos lalu.

Perintah larangan itu sebelum ini dikenakan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan serta mungkin menggemparkan fikiran orang ramai.

Kandungan penerbitan itu antara lain cuba mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme, menyebarkan fakta salah dan mengelirukan tentang komunis serta mengandungi unsur membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan komunis.

la juga dikatakan boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha dan perjuangan tokoh atau pemimpin negara terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara.

Warta Perintah Larangan itu sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Pada Julai 2022, Mahkamah Rayuan bagaimanapun memutuskan buku komik kontroversi itu tidak mengandungi bahan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Mewakili keputusan sebulat suara panel tiga hakim yang bersidang, Hakim P Ravinthran menegaskan tiada kejadian tidak diingini berlaku di Malaysia dalam tempoh enam bulan sebelum KDN mengharamkan buku terbabit melalui warta perintah pada 23 Okt 2019.

Kerajaan Persekutuan pada 8 Disember 2022 dilaporkan gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan semula larangan ke atas penerbitan komik itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *