Connect with us

Terkini

Tidak patut saringan HIV diwajibkan buat pelajar IPT baharu – Majlis AIDS Malaysia

Majlis AIDS Malaysia (MAC) tidak bersetuju dengan gesaan supaya universiti mewajibkan ujian saringan HIV kepada pelajar baharu berikutan peningkatan kes berkenaan membabitkan kelompok itu yang berusia 18 hingga 25 tahun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr Dinesh Mahalingam.
  • Timbalan Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC), Dr Dinesh Mahalingam berpandangan adalah lebih baik sekiranya stigma dan diskriminasi yang masih menebal terhadap penyakit itu ditangani dahulu daripada mewajibkan ujian HIV kepada pelajar baharu.
  • “…Lebih baik kita tangani isu stigma dan diskriminasi, kalau IPT tiada stigma dan diskriminasi semua pelajar yang berisiko akan tampil ke hadapan untuk membuat saringan. 
  • “Mereka akan membuat saringan (HIV) dan menjalani rawatan, tapi sekarang pelajar tak datang (buat ujian saringan HIV) kerana mereka takut dan risau dengan kemungkinan mereka akan didiskriminasikan dari segi boleh continue belajar ke tak?,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam.
  • Dr Dinesh mengulas tentang gesaan supaya universiti mewajibkan ujian saringan HIV kepada pelajar baharu, sama seperti  pemeriksaan kesihatan dilakukan sebelum memasuki kampus atau mendaftarkan diri pada tahun pertama, berikutan peningkatan kes berkenaan membabitkan kelompok itu.

KUALA LUMPUR — Majlis AIDS Malaysia (MAC) tidak bersetuju dengan gesaan supaya universiti mewajibkan ujian saringan HIV kepada pelajar baharu berikutan peningkatan kes berkenaan membabitkan kelompok itu yang berusia 18 hingga 25 tahun.

Timbalan Presiden MAC, Dr Dinesh Mahalingam sebaliknya berpandangan adalah lebih baik sekiranya stigma dan diskriminasi yang masih menebal terhadap penyakit itu ditangani dahulu daripada mewajibkan ujian HIV kepada pelajar baharu.

Dr Dinesh berkata ketiadaan stigma dan diskriminasi di institut pengajian tinggi (IPT) akan berupaya membuatkan pelajar berisiko dengan sendiri tampil melakukan ujian saringan HIV.

Katanya, pendidikan seawal usia di sekolah dan universiti, termasuk pendidikan tentang stigma dan diskriminasi berkaitan isu HIV, juga sangat penting kerana ia antara cara menangani penularan penyakit itu dalam kalangan pelajar IPT.

“Saya rasa HIV screening shouldn’t be a prerequisite (prasyarat kemasukan ke universiti), tidak sepatutnya (ujian HIV) diwajibkan.

“…Lebih baik kita tangani isu stigma dan diskriminasi, kalau IPT tiada stigma dan diskriminasi semua pelajar yang berisiko akan tampil ke hadapan untuk membuat saringan. 

“Mereka akan membuat saringan (HIV) dan menjalani rawatan, tapi sekarang pelajar tak datang (buat ujian saringan HIV) kerana mereka takut dan risau dengan kemungkinan mereka akan didiskriminasikan dari segi boleh continue belajar ke tak?  

“Info (ujian HIV) itu akan release kepada kawan-kawan dia ke? Atau akan ada lecturer mogok kata tak mahu dia belajar ke? Kita tak tahu apa yang mungkin akan berlaku so mereka takut situasi tu… That’s why they don’t come forward, kalau tak, they will come forward (datang buat ujian HIV),” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, semalam.

Beliau mengulas tentang gesaan supaya universiti mewajibkan ujian saringan HIV kepada pelajar baharu, sama seperti  pemeriksaan kesihatan dilakukan sebelum memasuki kampus atau mendaftarkan diri pada tahun pertama, berikutan peningkatan kes berkenaan membabitkan kelompok itu.

Presiden Interim Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Nazirah Abdullah yang membuat gesaan itu berkata ketika ini penularan kes HIV gagal ditangani di peringkat kampus kerana kekurangan usaha merangka dasar dan pelaksanaan program kesedaran kepada pelajar. 

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilaporkan berkata bilangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia berumur antara 18 hingga 25 tahun yang dijangkiti HIV pada 2023 adalah 244 kes, berbanding 2022 iaitu 221 kes.

Sementara itu, Pakar Perubatan Keluarga, Dr Sakinah Sulong sebelum ini secara peribadi berpandangan pelaksanaan cadangan itu membolehkan pesakit HIV dikenal pasti lebih awal dan rawatan dapat diberikan dengan cepat, apatah lagi ketika ini ada pesakit enggan mendapatkan rawatan.

Tapi dalam masa sama, menurut beliau ujian HIV itu perlu ‘remain confidential’ bagi pihak pentadbiran dan ia tidak boleh dijadikan alasan sebagai stigma kepada pelajar itu untuk didiskriminasi atau dinafikan hak sambung belajar di universiti.

Mengulas pandangan itu, Dr Dinesh mempersoalkan sekiranya ada jaminan atau tidak maklumat ujian HIV pelajar IPT tidak akan tersebar atau dibongkarkan kepada umum sekiranya ujian tersebut diwajibkan kepada pelajar baharu.

“Apa guarantee information itu tidak akan dibongkarkan? Sebab itu kita ada mekanisme self testing, kita ada mekanisme datang buat voluntary testing, NGO, Kementerian Kesihatan… kita ada banyak mekanisme yang kita boleh test untuk HIV.

“Apabila pelajar rela untuk membuat ujian HIV dengan sendiri dan tahu dia positif maka dia akan ambil rawatan tanpa siapa tau, dia punya IPT dan keluarga tak perlu tahu masyarakat tidak perlu tahu kerana ada banyak stigma dan diskriminasi di sekeliling isu HIV,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *