Connect with us

Terkini

Kerajaan “buta warna” dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET – Ahmad Zahid

Kerajaan mengambil pendirian ‘buta warna’ atau tidak pilih kasih dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini terbukti apabila kerajaan membuka peluang kepada pelajar tanpa mengira kaum di negara ini menjalani latihan berkaitan TVET di China.
  • “(Kerajaan) telah dapat sediakan 5,125 tempat untuk pelajar Malaysia dihantar ke China dengan biasiswa sepenuhnya. Kerajaan atau organisasi hanya perlu bayar tiket penerbangan sahaja.
  • “Dengan tawaran begitu, saya telah membuka peluang ini (termasuk) tempat untuk pelajar keturunan Cina, India, Sabah dan Sarawak yang kita beri peluang untuk mereka mendapat pendedahan daripada negara China,” katanya pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
  • Ahmad Zahid berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin tahu mengenai kuota pertama ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan China susulan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI).

KUALA LUMPUR — Kerajaan mengambil pendirian ‘buta warna’ atau tidak pilih kasih dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini terbukti apabila kerajaan membuka peluang kepada pelajar tanpa mengira kaum di negara ini menjalani latihan berkaitan TVET di China.

“(Kerajaan) telah dapat sediakan 5,125 tempat untuk pelajar Malaysia dihantar ke China dengan biasiswa sepenuhnya. Kerajaan atau organisasi hanya perlu bayar tiket penerbangan sahaja.

“Dengan tawaran begitu, saya telah membuka peluang ini (termasuk) tempat untuk pelajar keturunan Cina, India, Sabah dan Sarawak yang kita beri peluang untuk mereka mendapat pendedahan daripada negara China,” katanya pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang ingin tahu mengenai kuota pertama yang ditawarkan kepada pelajar Malaysia dan China susulan penubuhan Malaysia-China Institute (MCI).

Pada 30 Mei lepas, Ahmad Zahid dilaporkan berkata 220 syarikat China menawarkan 5,125 kuota kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET bagi jangka pendek, sederhana dan panjang sekali gus menjadi ‘game changer’ atau pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata 98.5 peratus pelajar TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), iaitu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), berjaya memperoleh pekerjaan.

Bagaimanapun beliau berkata ia tidak bermakna baki 1.5 peratus daripada pelajar itu tidak mendapat pekerjaan, sebaliknya mereka memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu diploma, ijazah dan juga sarjana.

“… kita harus lihat kursus yang ditawarkan itu mesti bersesuaian dengan permintaan kepada pasaran guna tenaga. Kita mahu kursus yang ditawarkan itu adalah kursus yang ditentukan keperluannya oleh penggiat industri agar mereka ini terus dapat bekerja di syarikat berkenaan.

“Apa yang kerajaan lakukan sekarang ini ialah, penggiat industri atau syarikat itu terus menandatangani MoA (Memorandum Perjanjian) dengan institusi TVET. Jadi pelajar yang bakal tamat dalam sesuatu kursus itu akan terus bekerja,” katanya. — BERNAMA

Author

Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending