Connect with us

Antarabangsa

Georgia mahu haramkan ‘gerakan LGBTQ’

Speaker Parlimen Georgia, Shalva Papuashvili mengumumkan inisiatif menyeluruh bertujuan melindungi nilai tradisional kekeluargaan, lapor RT.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Speaker Parlimen Georgia, Shalva Papuashvili mengumumkan inisiatif menyeluruh bertujuan melindungi nilai tradisional kekeluargaan, lapor RT.
  • Set cadangan terlibat termasuk larangan perkahwinan gay dan pengambilan anak bawah umur oleh pasangan homoseksual.
  • Parti Georgian Dream yang memerintah juga dalam usaha mengharamkan LGBTQ dan propaganda sumbang mahram ditujukan kepada golongan bawah umur dan melarang penyiar dan pengiklan daripada menyiarkan adegan intim sesama jenis.
  • Pembedahan penukaran jantina dan perubahan jantina dalam dokumen rasmi juga akan diharamkan di bawah cadangan itu.
  • “Hari ini, majoriti Parlimen memulakan pakej rang undang-undang berkenaan Nilai Kekeluargaan dan Perlindungan Anak Bawah Umur terdiri daripada satu rang undang-undang utama… dan 18 rang undang-undang berkaitan meminda pelbagai undang-undang, kod sivil, kod buruh, perundangan pendidikan dan sebagainya,” kata Papuashvili ketika sesi taklimat kerajaan pada Selasa.

Speaker Parlimen Georgia, Shalva Papuashvili mengumumkan inisiatif menyeluruh bertujuan melindungi nilai tradisional kekeluargaan, lapor RT.

Set cadangan terlibat termasuk larangan perkahwinan gay dan pengambilan anak bawah umur oleh pasangan homoseksual.

Parti Georgian Dream yang memerintah juga dalam usaha mengharamkan LGBTQ dan propaganda sumbang mahram ditujukan kepada golongan bawah umur dan melarang penyiar dan pengiklan daripada menyiarkan adegan intim sesama jenis.

Pembedahan penukaran jantina dan perubahan jantina dalam dokumen rasmi juga akan diharamkan di bawah cadangan itu.

“Hari ini, majoriti Parlimen memulakan pakej rang undang-undang berkenaan Nilai Kekeluargaan dan Perlindungan Anak Bawah Umur terdiri daripada satu rang undang-undang utama… dan 18 rang undang-undang berkaitan meminda pelbagai undang-undang, kod sivil, kod buruh, perundangan pendidikan dan sebagainya,” kata Papuashvili ketika sesi taklimat kerajaan pada Selasa.

Menurut Papuashvili, rang undang-undang dicadangkan itu mungkin diluluskan dalam bacaan pertama seawal bulan ini.

Media Barat memanggil cadangan itu “pencegahan gaya Russia”, mengaitkan bagaimana Moscow semakin mengetatkan undang-undang membabitkan “propaganda LGBT” sejak awal 2010-an.

Tindakan Russia itu bermula dengan larangan penyebarannya dalam kalangan kanak-kanak bawah umur dan akhirnya memperluaskan larangan itu pada 2022 kepada golongan dewasa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *