Connect with us

Antarabangsa

Pengunjung lelaki diwajibkan tandatangan perjanjian anti-gangguan seksual sebelum masuk kelab di China

Sebuah kelab di China menuntut semua pengunjung lelaki menandatangani perjanjian tidak akan mengganggu pengunjung wanita secara seksual sebelum memasuki kelab itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dark Palace, tempat persendirian di wilayah Guangdong di tenggara China, mengambil langkah itu untuk melindungi wanita yang mengunjungi premis berkenaan, kata pengurusan kelab di WeChat.
  • Satu insiden gangguan seksual baru-baru ini berlaku di kelab itu yang disifatkan sebagai “keterlaluan”, mendorong pihak pengurusan kelab membuat keputusan untuk memastikan wanita berasa selamat sambil berseronok.
  • “Pada masa hadapan semua lelaki yang ingin memasuki Dark Palace harus menandatangani surat perjanjian anti-gangguan seksual,” katanya dilaporkan South China Morning Post pada bulan lalu.
  • Mana-mana tetamu lelaki tidak mematuhi peraturan baru akan disenarai hitam daripada kelab dan polis mungkin dipanggil.

Sebuah kelab di China menuntut semua pengunjung lelaki menandatangani perjanjian tidak akan mengganggu pengunjung wanita secara seksual sebelum memasuki kelab itu.

Dark Palace, tempat persendirian di wilayah Guangdong di tenggara China, mengambil langkah itu untuk melindungi wanita yang mengunjungi premis berkenaan, kata pengurusan kelab di WeChat.

Satu insiden gangguan seksual baru-baru ini berlaku di kelab itu yang disifatkan sebagai “keterlaluan”, mendorong pihak pengurusan kelab membuat keputusan untuk memastikan wanita berasa selamat sambil berseronok.

“Pada masa hadapan semua lelaki yang ingin memasuki Dark Palace harus menandatangani surat perjanjian anti-gangguan seksual,” katanya dilaporkan South China Morning Post pada bulan lalu.

Surat itu mengatakan semua tingkah laku pengunjung harus bersandarkan rasa hormat terhadap wanita dan pengunjung lain.

Ia bukan sahaja mengingatkan pengunjung lelaki untuk tidak melakukan gangguan seksual terhadap pengunjung wanita, ia juga mencadangkan lelaki dan wanita yang tidak mengenali satu sama lain menghindari sentuhan fizikal dan gangguan lisan.

Mana-mana tetamu lelaki tidak mematuhi peraturan baru akan disenarai hitam daripada kelab dan polis mungkin dipanggil.

Pada masa ini, China tidak mempunyai undang-undang atau peraturan khusus tentang gangguan seksual, namun Undang-undang Perlindungan Wanita dengan jelas mentakrifkan apa dimaksudkan dengan gangguan seksual dan menggalakkan wanita melaporkan sebarang insiden kepada polis. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *